thumbnail

Thursday, October 19, 2017

Marvel's Spider-Man Preview Screening


Jumaat 2 minggu lepas (06.10.2017) aku berpeluang join Marvel's Spider-Man Screening di Jump Street KL. Fun ! Tu je yang aku boleh cakap kan. Event paling sempoi dan paling fun pernah aku join ;)

Lepas daftar tu dapat goodie pack (beg Spiderman yang dah jadi beg sekolah!) siap botol air, kami juga dibawa masuk ke dalam bilik untuk menonton siri Spider-Man yang terbaru yang akan ditayangkan di Disney Channel. Ohye dah pun ditayangkan pada 14 Oktober yang lepas! Jangan lupa saksikan "Marvel's Spider-Man" di Disney XD (Astro Ch 617) dan di On Demand setiap Sabtu dan Ahad pada 1 tengahari dan 8 malam!

Balik kerja terus ke Jump Street!

Cupcakes yang sangat nice deko ;)

Ada sesi painting

Goodie pack yang super duper awesome!! Dalam beg Spiderman tu ade botol air.


Yayyyyy mari menjadi Spiderman!

Spidergirl maybe?

Spiderbaby..hahahaa..adik mok pun tak nak kalah main trompolin dihari kejadian!

SERIUS cakap lahhhhh event kali ni yang paling awesome buat anak-anak! Untuk aku memang tak la sebab doktor tak bagi berpenat sangat. Seronok tengok semua anak-anak blogger jadi Spiderman, jenuh melompat sana sini sampai berpeluh-peluh masing-masing. Nak ajak balik pun bergaduh menangis ;)

So korang jangan lupa ajak anak-anak menonton siri baru "Marvel's Spider-Man" di Disney Channel, Astro HD 617 tau. Ingat tau setiap SABTU & AHAD pada 1pm & 8pm!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang