thumbnail

Monday, June 29, 2015

Alhamdulillah..Syahmi Irsyad Dah 8 Tahun!


Syukur alhamdulillah, abang Syahmi Irsyad dah 8 tahun sabtu lepas (27.06.2015).
Takde acara istimewa pun..cuma bawak pegi tengok wayang, buka puasa sama-sama & belikan hadiah yang dia nak.

Mula-mula ingat nak belikan jam yang elok sikit tapi tak jumpe pulak, sudah nyer belikan Lego Robot (tapi bukan jenama LEGO tu..). Terjumpa yang murah sikit dari jenama mahal tu terus belikan untuk dia sekotak sederhana.

Disebabkan dah NIAT nak belikan jam jadi tetap lah jugak nak pegi cari jam untuk hadiah birthday sekaligus unutk hadiah exam dia, sebab dia periksa no.1 di kedua-dua sekolah (alhamdulillah..). Niat nak belikan jam sebab Syahmi ni budak yang cermat, jarang kehilangan barang so aku tau akan berbaloi kalau aku belikan dia something yang mahal sikit.

adik takde time ni sebab sibuk nak dukung dengan abah Y__Y

Istimewa kali ni bawak dia pegi makan kat Spaghetti Grill kat Paradigm Mall tu, siap boleh request kat staff Spaghetti Grill unutk dia orang nyanyikan lagu birthday & akan dapat secawan kek aiskrim brownies percuma jika kita maklumkan yang hari tu ade birthday somebody. Ini pun aku tau dari blogger lain tau. (TQ jmr23 atas entry anda tu!)

 Birthday boy tertanjat..he..he..he..terus malu-malu kucing!

Tercengang-cengang plus malu dia bila orang datang nyanyi! Saje suprisekan dia.
Lepas tu Sufiya pun sibuk nak minta benda yang sama..boleh kakak..nanti kita pegi kat tempat lain pulak ok bulan 10 nanti :) yang penting anak-anak semua happy.

So, selamat hari lahir abang Syahmi Irsyad..mama abah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak semua. Semoga abang terus membesar sihat tubuh badan cerdik akal minda, semoga abang terus membesar menjadi anak yang soleh dan abang/anak yang baik. Semoga anak-anak sentiasa dibawah lindunganNYA..amin~

Sobs..sobss..kejap je anak dah besar..

Wednesday, June 24, 2015

Cepat Nyer Masa Berlalu!!


hmmm...

Semalam bawak Sufiya amik gambar untuk daftar masuk darjah 1 tahun depan, mase tengok dia duduk nak amik gambar tu rasa macam tak caya dia dah nak sekolah rendah! Uhukss..macam sebak ade macam sedih ade..Rasa macam dia kecik je lagi nak pegi sekolah..uhuks..

Budak ni kurang dapat perhatian aku sejak ada Syakirah, ntah la kenapa..mungkin sebab sikap keras dia sama macam aku layan dia ke..ke sebab dia no.2 sama macam aku ke..adeh laaa..pesyen dia kalau ko marah dia dia tengok je muka ko tanpa kelip-kelip mata. Selambe je muka tuh..
Lain sikit dengan Syahmi yang cepat touching tu. Yang ni keras kejung selambe dek! Eh..terasa-rasa macam aku mase kecik dulu..kahkahkah..kalau dulu orang marah aku aku terus jadi macam batu. Buat dek buat keras je kat situ..eh sama pulak..ha..ha..ha..

Pesyen dia mungkin kene sama macam aku. Cara dia kene ikut macam cara abah aku layan aku. Kene cakap lembut-lembut, pujuk-pujuk kekdah nyer..Yang jadi masalah nyer aku tak reti nak lembut-lembut pujuk-pujuk nie...adeh laaa..aku ni serupa komando kot! Cakap pun direct & tegas je sepanjang masa. Dah canne..keras sama keras la pulak nie..hmmm...

Dia ni selalu kene bebel kene marah dengan aku sebab langsung tak nak tengok buku, langsung tak nak baca buku, langsung tak nak buat latihan..yang dia nak tengok tv & main ipad je. Dia sanggup lagi menangis & tido dari buka buku..dah canne tak kene marah?? Tapi yang suprise nyer dia bawak balik kertas peperiksaan semua nyer A. Markah 100 % dan 90-98% setiap paper. Huhuhuuu...

Ntah la kakak, start tahun ni & start tahun depan mama kene fokus banyak dekat kakak. Adik pun dah nak masuk 2 tahun, maka nyer kurang dah masa mama ke taska adik, tahun depan pun abang Syahmi dah masuk darjah 3 so tumpuan akan diberi lebih kepada kakak yang nak masuk fasa sekolah rendah nie.

Aku harap, aku yang boleh berubah jadi lebih baik dalam pada anak-anak nak membesar nie. Aku tau macam mana rase terbuang terbiar terpinggir dan tercari-cari kasih sayang tu. Aku tak nak anak-anak rase ape yang pernah aku rasa. Aku yang kene berubah.

Hmm...anak-anak..kenapa la korang cepat sangat membesar??

Tuesday, June 23, 2015

Kesegaran dan keharuman berpanjangan, hanya dengan Comfort Ultra!


Kehidupan jadi mama berkerja ni adalah sangat busy. Serupa macam yang lain termasuklah yang surirumah pun confirm busy dari pagi hingga la ke tengah malam. Betul tak?? Pendek kata selagi tak tido la..

Jadi serupa aku jugak mesti korang ade rutin korang tersendiri kan? Macam aku bermula dengan hantar anak-anak ke sekolah, tadika & taska selepas tu masuk office punch card, tarik nafas dan terus pegi beli makan atau makan kat food court kat bawah office aku kalau-kalau aku tak sempat bawak bekal. (waktu tak puasa la...thihiii..)


Food court beraircond menyerap bau pada tudung..euww..busuk!

Sedikit rutin harian aku.

1. Food Court Office : nampak tak keadaan food court? Huh bau dia jangan cakap la! Kalau makan kat situ lepas tu ko naik office orang boleh tau ko pegi mane. Huhuhuhu..sebab bau dia semacam okeh. Busuk! Euuww..so ape aku buat? Terpakse sembur minyak wangi.

2. Ke Taska : rutin wajib setiap hari aku akan ke taska pukul 10.30 pagi untuk menyusu si Syakirah mokmok tuh. Untuk ke taska aku perlu lalu kat food court tu lagi untuk ke lif dan untuk ke taska aku perlu jalan kaki melintas jalan TAR yang femes amos yang penuh dengan bas & kereta. Huh..double bau lagi..dah la bau asap kereta dan bas balik taska kene lalu lagi food court..huwaa..busuk okeh bau baju tudung aku! Euwww...ape aku buat? Sembur minyak wangi..abis arr minyak wangi  lagiiii..

3. Tangga & Laluan : Oh ye..untuk naik turun office aku perlu lalu ikut tangga, turun setingkat sebelum lalu ke food court tuh..nak tau kat tangga la port orang lelaki hisap rokok. Uhuks..uhukss...bau rokok pulak dah! Dah la bau food court, bau asap bas tambah pulak bau rokok..sedih wey..

4. Tunggu Bas Sekolah : hah..ni lagi satu rutin wajib aku setiap hari, setiap tengahari. Tunggu abang Syahmi kat tepi Maju Junction untuk dia pegi sekolah agama naik bas. Bye-bye dia sambil tengok bas jalan. Jadi makan asap bas la aku setiap tengahari..huhuu..penuh dah bau kat baju dan tudung aku. 

Bayangkan lah bau food court, bau asap kereta bas, bau asap rokok. Uhukss..busuk nyer aku setiap hari..sedih giler..

Jadi aku terpaksa sembur perfume kat tudung dan baju aku setiap kali aku naik turun office..uhuks...perfume dah la mahal wey..
Aku perlu hilangkan bau busuk ni dengan segera sebab salah satu skop kerja aku setiap hari adalah BERJUMPA DENGAN KLIEN/PELANGGAN..

Korang bayangkan la naik office terus pegi bincang dengan peminjam dalam bilik bincang yang beraircond dan bertutup? Busuk dan memalukan! Sian aku, muka comel tapi busuk..ha..ha..ha..
Mane mampu kalau setiap bulan ko nak kene topup perfume..kopak la poket laki aku tuh..he..he..he...

Chopp choppp..tapi sekarang tak perlu kopakkan poket laki aku lagi sebab aku dah jumpe penyelesaian nyer..wehuu..COMFORT ULTRA jawapan nyer. Dah la murah lepas tu bau dia bertahan lama kat baju & tudung. 

Dah tentu Comfort Ultra Blossom Fresh pilihan hati :)

Sekarang aku guna pelembut fabrik Comfort Ultra untuk mencuci tudung aku.

Suku penutup pun dah cukup :)

Tahu tak, lepas tudung direndam dengan pelembut fabrik Comfort Ultra, baunya boleh tahan sehingga 14 hari! Comfort Ultra memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari dengan hanya separuh penutup botol! 

Bau dia..wallahhhh..dah la wangi pastu tahan lasak plak bau dia tuh! Aku dah tak risau dah kalau lalu-lalu kat food court, tak risau dah melintas jalan ke taska atau pun melepak kat tepi jalan tunggu bas abg Syahmi jalan ;) Comfort Ultra melindungi daripada bau yang tidak menyenangkan: bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapak. 

Sekarang aku tampil #segaryakin dengan Comfort Ultra gitu..he..he..he..aku wangi dah sekarang ni ;) Jimat banyak dah duit laki aku tuh sebab aku pakai Comfort Ultra je dah #segaryakin , dan dapat kesegaran dan keharuman berpanjangan...ehh..hati aku banyak gembira lah dengan bau-bau wangi nie ;)

Jaminan bau wangi sehingga 14 hari tu yang buat hati aku tergoda sangat dengan Comfort Ultra nie..uhh wangi nyer korang. Arghh..boleh terbau-bau kat tudung sendiri sekarang nie..he..he..he...wangi nyer aku... ;)

Dan,

Comfort telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar tudung yang femes di serata negara iaitu Ariani. Nak bagi wanita-wanita semua rasa #segaryakin selalu tau…  Setiap wanita yang membeli tudung Ariani sekarang ni boleh merasa bau Comfort pada setiap tudung tersebut.

Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.

Untuk pengetahuan korang, sekarang nie pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani juga akan mengedarkan sampul pek Comfort percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015. Ehemm..dah nak raya kan? ;)

Selain dari itu, orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia. (video ni super awesome & kelakar weh...tengok tau!)

Jangan ketinggalan dan rebut peluang promosi yang ada!

Save RM5!

Sekarang kan waktu pegi bazaar ramadhan setiap petang, hah bau-bauan mesti machiam-machiam sangat so apa lagi korang boleh la dapatkan Comfort Ultra ni di pasaraya berdekatan sekarang! Raya nanti confirm korang wangiiii...weee~


Monday, June 22, 2015

Syakirah Irneena Denggi | Shaklee Performance Sangat Membantu



Kisah yang bermula dengan Syakirah demam dari hari khamis (11.06.2015) lagi, just pantau dan bagi ubat demam je. Hari sabtu tak baik lagi, kami bawak ke klinik dan doktor cuma cakap demam sebab tekak bengkak & ade kahak. So berbekal ubat yang diberi doktor tu kami bagi ikut masa yang diarahkan aje.

Ahad, demam masih on off, dengan berat hati Eady pegi jugak kursus kat Melaka selama 3 hari. Isnin demam masih lagi on off dengan suhu sekejap tinggi sekejap rendah. Kebiasaan nyer petang sehingga ke subuh suhu akan naik tinggi mencecah 39. huhuuu..aku sekadar bagi ubat ikut buntut sebab itu je arahan doktor. Malam memang tak tido lah aku dengan anak demam macam nie.

Selasa pagi, aku bawak Syakirah sekali lagi ke klinik lain sebab rase tak sedap hati tengok dia dalam keadaan lemah longlai langsung tak bermaya. Sedih tapi kene kuatkan hati sebab nak baik kan anak kan..Masuk je dalam bilik doktor..tak sampai 7 minit doktor terus cakap "Izwa, boleh awak bawak Syakirah ke emergency hospital tak sekarang?" Aku takkan la cakap tak kannn..mesti la cakap "boleh!" Tunggu doktor siapkan surat refer, terus pegi cucuk duit & cari teksi depan office.

Terus la ke Emergency Hospital Ampang, nasib baik kat sana orang tak ramai. Tak lama, tak sampai setengah jam dapat jumpe doktor. Doktor cuma cakap kurang air nie so kene masuk ke wad pemerhatian di emergency tu dulu untuk masuk air.

Kalau tengok keadaan Syakirah tu memang sedih giler, ye la kan kebiasaan dia adalah budak yang ceria, aktif dan tak reti duduk diam. Ini dengan keadaan melepet terus, tak bermaya, tak bersuara cuma mata je buka perhatikan aku kat mana. Langsung tak boleh bergerak ke mana-mana. Dengan keadaan kat emergency takde line telefon aku nak call Eady lagi..kejap kejap aku berlari keluar untuk send sms semata-mata pastu lari masuk balik sebab takut Syakirah terjaga! Kejap lagi lari keluar balik sebab nak terima sms dari Eady pulak..keje giler sangat.

Ye la, en.abah kat Melaka tak nak la dia balik dalam keadaan tergesa-gesa. Bahaya pulak, dah la bukan dekat nak rushing-rushing ni lagi aku risau. Mana nak risau kan Syakirah, mana nak risaukan suami on the way balik dari kursus. Kene sms bagitau dia supaya amik Sufiya kat taska. Syahmi tak sekolah waktu ni sebab sakit bird, Syahmi teman aku kat hospital waktu nie..pesan suruh setelkan anak lain dulu kalau dah sampai office baru datang ke hospital tengok anak manja dia pulak. Tu yang jadi kejap lari untuk sms kejap lari untuk baca sms balas..

Dari pkl 11 pagi kat wad pemerhatian, pkl 5.40 petang baru dapat masuk wad kat atas. Hmmm..1st time anak masuk wad sakit teruk macam nie..

Hari pertama - wad 4B katil 4


Hari ke-2 pagi, Rabu (17.06.2015) doktor maklumkan bacaan platelet darah Syakirah tak cantik. Menunjukkan bacaan semakin turun tapi tak banyak..cuma setiap kali amik darah bacaan akan turun sikit demi sedikit. Doktor suspek denggi. Maka bermulalah sesi mengambil darah setiap 4 jam! Dan bermulalah sesi memberi air yang banyak pada Syakirah. Yang risau pasal Syakirah ni sebab setiap kali dia sakit dia takkan berbunyi..huhuuu..nangis jauh sekali la..merengek pun tak! Lagi laaaaaaa aku risau..malam tido tak lena la sebab dia tak berbunyi!

Hari kedua

Bila dah petang doktor cakap CONFIRM DENGGI ye mama..aku terus..ermmmm...blur. Pikir kene kat mana ni? Macam mana boleh kene ni? Salah sape Syakirah kene denggi nie..haishhh macam-macam la pikir..sampai tahap rasa bersalah kat diri sebab anak kene denggi tapi aku sihat! Nangis aku kat dalam bilik air sesubuh hari.

Setiap kali picitkan air dalam mulut dia, setiap kali tu aku doa "Ya Allah Kau sembuhkanlah anak aku ini.." "Ya Allah Kau baikkanlah anak aku ini.." Doa doa doa tak putus-putus..mase bagi susu badan pun doa doa doa je dalam hati aku..

Malam tido peluk je Syakirah sebab dia taknak aku jauh dari dia, memang lengan aku tak lepas dari dia. Cuma sesekali aku boleh bergerak tanpa dia sedar. Oh ye..bertambah sedih sebab malam tu adalah malam untuk kita mula berterawih sebab esok nak puasa. Nampak gaya sahur kat hospital la nie. Uhuks..disebabkan salah faham sendiri yang kekonon ingat hospotal ade sediakan makanan untuk parent yang jaga anak..sekali takde da. Aku cuma sempat sahur dengan seteguk air mineral je. 

Hari ke-3 (Khamis 18.06.2015)

Alhamdulillah..berkat doa sendiri dan doa kawan-kawan yang bagi semangat aku mampu habiskan berpuasa seharian tanpa rasa lapar, penat, letih mahupun dahaga. Serius..takde rase ape pun..yang ade cuma rasa nak anak baik macam biase dan lebih lega susu badan aku pun tak kurang dari biase.

Hari ketiga

Abah jaga anak dengan cara tido sekali..kehkehkeh..takpe la kita bagi peluang orang berpuasa rehat. Dapat la aku rehat sikit-sikit sebab waktu ni Eady dah ade kat hospital sekali. Turn dia jaga pulak dapat la aku mandi lebih lama dari biase..hehehe..ye la dah bape hari mandi macam Charlie Chaplin.

Berkat pertolongan seorang kawan, yang sedekahkan aku air performance Shaklee untuk bagi kat Syakirah cepat sangat bacaan platelet Syakirah naik. Dari 12 malam aku bagi sampai 12 tengahari bacaan platelet dah bertambah cantik. Doktor cakap "kita amik darah last ye mama pukul 2 petang, if cantik bacaan nyer petang ni boleh keluar okey." Wahhh..berbunga-bunga hati bila dengar macam tu! Hati ni tak sabar nak balik berbuka kat umah.

Shaklee Performance Drink

Korang mungkin boleh cuba pada orang lain if ade yang terkene denggi. Kita cuma berusaha selain dari kita berdoa. Aku bukan promotekan produk ini aku cuma share benda baik yang terbaik untuk anak-anak kita. Sekarang pun aku keep on bagi air ni kat Syakirah sambil selang seli dengan air lain.

Sekarang Syakirah dalam fasa pemulihan, nampak la dia lemah lagi makan pun baru nak ade selera. Hmm..susah hati betul la kalau anak sakit. Kalau ikutkan hati nak je cuti lagi tapi tanggungjawab lain pun perlu jugak dijalankan. Doa je la kene banyak supaya semua anak-anak kita dan kita juga sihat-sihat belaka. Sedih tauuuu bila anak sakit! Sobss..

So korang, terima kasih sebab sudi doakan Syakirah Irneena cepat sembuh & jutaan terima kasih pada semua nurse dan doktor kat Hospital Ampang di Wad 4B tu. Jasa baik, budi baik akan aku ingat sampai mati.

Thursday, June 18, 2015

Confirm Syakirah Denggi!


Semalam

1st time la jaga orang kene denggi. Gelabah runsing takyah cakap la..hati ni mcm nak pecah bila doktor cakap confirm denggi.

Tak tido malam dibuat nyer..dah la dengan Syakirah ni bangsa if sakit demam akan melepet terus tanpa ada-ada bunyi rengekan. Ek ek pun nan hado giler tak susah hati.

Dah buka drip

Alhamdulillah hari ni doktor ckp Syakirah dah lepas fasa kritikal denggi, sekarang dalam keadaan untuk sembuh.

Doakan Syakirah baik terus ye. Mama sahur seteguk air masak sebab salah faham ingat ade sahur untuk parent yg jaga anak rupe nyer tak hade..huahuahua..

Wednesday, June 17, 2015

1st Time Anak Warded


Mase Syahmi cuma halfday je warded itu pun sebab sunat.
Yang nie..hmmm..



Syakirah down with fever dah 6 hari. Setakat ni alhamdulillah semua ujian darah ok, warded sebab dia terlalu lemah sebab tak makan tak minum. Bergantung pada susu badan semata.

Harap harini dah boleh balik, aunty uncle doakan Syakirah cepat baik ok! 

Cepat sembuh dik.

Mama nak masak sahur ni..hmmm...tapi...nampak gaya mcm mama kene sahur sini je..


Wednesday, June 10, 2015

Tuesday, June 09, 2015

Hari Hari Kerja


Fail nipis yang ade beratus..ini baru SUKU.

Yup, sekarang aku adalah manusia busy tapi tipu la kalau cakap langsung takde mase nak jengah sini atau sana (fb). Ade je mase tapi aku dah rase sini dan sana satu keperluan untuk aku menjengah..wahhh gitu punyer belagak..kekekek..takde la wey..aku cuma lebih suka fokuskan satu benda pada satu mase je.

Kat sini dan kat sana aku cuma baca dan scroll..baca dan scroll..tanpa ape-ape komen. Yup aku dah kembali jadi silent reader.

Serius cakap aku suka sangat dengan kerja yang ade sekarang nie. Banyak..memang banyak benda remeh nak kene buat tapi aku suka. Dari jawap telefon, jawab surat, jumpe peminjam, sign surat, buat surat..bla bla bla..sampai la ke tarik fail semua aku buat sendiri dan aku suka kerja nie. Aku rasa hari-hari aku penuh dengan aktiviti kerja sampai aku tak sedar dah masa nak balik. Lega dapat rase macam nie.

Aku cuma naik pangkat 1 tangga je tapi kerja masih lagi sama yang beza aku cuma sign surat & buat keputusan jek..hehehe..yang lain aku masih kerani juga ;) alhamdulillah aku gembira.

Cuma disebalik gembira sebenar nyer terselindung segala duka lara yang aku boleh pendam seorang diri sahaja. Dugaan hidup kan kiter hadap je selagi bernafas. Bermakna ALLAH SWT masih sayang aku ;) alhadmulillah lagi.

So korang..aku skrg ni baca je tau, klik nuffy sekali tapi kate nak komen memang tak la..

Thursday, June 04, 2015

Lexis Hibiscus Port Dickson


Hai..*lambai ratu skit!* thihihiii...ahkak kembali lagi. Actually semalam dah kerja tapi masalah tak bleh move on dari mood bercuti tu yang malas nak jenguk blog...lagi pun setelkan kerja yang tertangguh dulu khennn haruslah didahulukan mane yang patut dulu.


Okey, now dah boleh tarik nafas sikit-sikit jadi marilah kita update pasal bercuti kat Lexis Hibiscus Port Dickson tu. Sebenar nyer bukan lama pun duduk situ, takat 1 malam jek tapi disebabkan jakun tu lebih kan maka gambar pun haruslah lebih banyak dari biase..


kiddos

family picca first..thihiii..

2 king bed

ekelehhh yang kiri tu.

lepas main kat luar kita mandi kat dalam. (kamera hp)

Overall, kita orang rase best la jugak kat sini tapi kecewa sikit sebab pool luar dedua tutup atas sebab construction..derrr...kecewa. Baru 2 hari tutup semula sebab ade kes orang terluka kene batu tepi pool tuh. Ok fine, nasib baik ade pool dalam bilik.

Nak complen lebih pun rase macam takde ape, biase la hotel 5 bintang. Layanan staff memang tip top la! Ade buggy tu semua, ade sewa basikal kalau nak jalan merata. Standard la dengan harga yang kita bayar. 

Masa check-in adalah pukul 4 petang ye, tapi kami dapat masuk awal dalam pukul 2 lebih gitu.Memula dapat bilik yang depan sekali, uhuhuuu..mengadap lobby ko! Memang tak la, so mintak tukar sebab almaklum la kan kita kan mandi kene bertutup semua so dengan baik nyer staff Lexis Hibiscus Port Dickson ni tukarkan aku bilik lain dan mengadap ke laut sikit, kalau tak sade sesetengah bilik mengadap bilik orang lain.

Cuma pakej makan je aku tak amik, sarapan satu kepala RM35 untuk dewasa RM25 untuk kanak-kanak buat aku rasa too much kot. Lain la kalau bangsa duit kepuk-kepuk anak tak bersusun macam aku ye boleh try makan buffet sarapan dia, sebab dengar makan sedap & banyak pilihan so mungkin berbaloi dengan harga yang dibayar.

Malam-malam ade show orang main api keluar ikut mulut tu, ade dance la..kitaorang tengok je la. ;) Lain, biase-biase je..aku dan Eady rase best lagi Grand Lexis Port Dickson dan Golden Palm Tree Sepang (now Avani).

view malam, mase ni Syakirah pun dah penat sebab siang tadi mandi pool.

sunset gitu.

dah malam pun tak balik bilik..hehehe..

Layan angin kuat kat sini best giler, jalan-jalan pegang tangan sambil lepaskan anak berlari syok jugak la...
Kawasan Lexis Hibiscus Port Dickson teramat luas! Sampaikan waktu cuti sekolah pun ko tak rase kawasan tu crowded. Ini beza sangat dengan Golden Palm Tree Sepang, sebab kat GPTS kalau cuti sekolah pool pun pack giler, mandi pun bersenggolan dengan orang lain. Sini tak, kau boleh bercuti dengan aman damai nyer tanpa berlanggar-langgar dengan orang.

Parking pun best, disediakan parking 4 tingkat untuk semua penginap dan siap sediakan buggy dari parking ke lobby dan dari lobby ade buggy lain untuk ke bilik. Best..*2 tumbsup!*

Ok dah pagi..

Hahaha..anak pun pelik mak ko dah kenapa!!??

ok ni versi sopan gitu dibilik 068 
(kebetulan dapat bilik yang sama kakak aku check-ini minggu sebelum)


Sebenar nyer, kami nak bercuti kat rumah rehat m++a pd tapi kami check-in sini satu malam dulu. Lepas check-out terus ke rumah rehat m++a tu ;) bawak anak-anak mandi pantai mandi pool kat sana sampai selasa.

So penutup pendapat aku, kalau ade anak kecik yang kene selalu pantau okey nak menginap sini tapi kalau ade anak besar lasak macam anak-anak aku memang tak sesuai sangat la duduk sini lama-lama, lagi pulak bangsa nak swimming kat pool besar lagi tak puas la dengan pool ade dalam bilik tu.

Oh untuk orang hanimunan lagi okey sangat duduk sini sebab ade sauna hokeyyy dalam setiap bilik, so bersauna la ko berdua gitu..kehkehkeh...

Untuk booking atau nak cuci mata boleh tengok kat web Lexis Hibiscus Port Dickson ni.

pepagi buta main pasir, tengok la muka budak ngantuk..kehkehkeh..

Cuti Sekolah Menjelma Lagi


Update dari bilik hotel, gitu :)

Setelah hampir 6 bulan tak bercuti sekaranglah masa nyer..phieww..penat menghitung hari. Anak-anak biase je tapi mak dia orang memang lebih sangat pun..hihihiii :)

Sambut anniversary sekali la senang citer.


Menumpang buggy.

Kemain wefie mase naik buggy..kemain licin licau muka abang syahmi dek kerana Oppo. Yang lebih teruk kemain lagi budak kecik yang tengah tu..

Menumpang bermalam

Yang paling depan tu la yang paling excited nak pegi cuti..kehkehkeh..kalah budak yang sekolah. Later kiter citer okey. Daa..

Tuesday, June 02, 2015

2 Jun - 9 Tahun


Hari ni, 2 June 2015 genap 9 tahun aku kawin dengan Eady...ermm..rase macam baru je kawin. 

Tak rase pun dah lama sebab asyik feeling pengantin baru je memanjang, ke sebab asyik gaduh memanjang sampai terlupa tahun bertambah tahun..tetibe je dah 9 tahun tetibe dah ade 3 orang anak..eh..hihihihi.. ;)


Dah 9 tahun pun Eady still malu-malu..eh! Hihihii..

Ape kunci nyer sampai bertahan lama? Hmm..takde pulak petua. Just go with the flow. 

Ingat | Saling ingat mengingati yang korang ialah suami isteri kot. Jadi takde lah istilah nak berBFF dengan jantina lain kat luar tu..ade je depan mata tengok depan isteri macam tikus belakang macam harimau dengan anak dara orang..takut plak dengan zaman sekarang ni. Ingat..sentiase ingat diri tu siapa insya Allah kita pun tak kan buat perangai bukan-bukan.

Niat | Selain tu, mungkin bermula dengan niat la kot. (ehh semua nyer ber kot ko ni izwa!). Kawin untuk ape? Kalau dari awal niat ko dah salah (mungkin sebab harta mungkin sebab terpaksa..) jadi mungkin ini masa nyer untuk betulkan niat tu semula, mula semula dari mula. Tak salah kan? Untuk kebaikkan diri sendiri dan rumahtangga juga. Yang untung nyer siapa? Tak kita jugak, ke..

Bercinta | Apa yang aku nampak kebanyakkan nyer berkawin sebab bercinta, tapi setelah berkahwin ramai yang lupa bercinta dengan pasangan masing-masing. Mungkin sebab tanggungjawab bertambah? Mungkin sebab dah rase itu hak kita? Ntah..yang aku perasan setelah penat bercinta, berkahwin gran bagai nak giler last-last cuma bertahan paling lama 5 tahun je? Hutang majlis kawin pun tak setel lagi dah cerai..uhhh..seram ok..

Sabar & Tabah | Aku pun tak pandai nak cakap bab rumahtangga ni sebab baru 9 tahun kawin cuma lebihkan bersabar dan bertabah dalam ape juga dugaan yang melanda. Tipu lah kalau cakap takde dugaan dalam setiap rumah tangga. Yang beza cuma dugaan kecil atau dugaan besar je antara kita nie. Aku bukan lah orang yang penyabar, yup aku akui tu tapi aku mampu bersabar dengan dugaan yang aku terima dalam rumahtangga sebab aku tahu Eady adelah seorang lelaki yang baik. (Puji suami? Yup dah tentu tapi kalau dia bukan suami, aku tetap cakap dia adalah salah seorang manusia yang baik yang penah aku kenal..)

Perangai | Cuma terkadang datang waktu aku buat perangai bila stress penat letih dugaan datang betimpa-timpa mula lah aku nak salah kan dia..(huwaa jahat nyer aku..nangis~) bertuah nyer aku, Eady hanya diam dan tenang-tenang aje sebab dia tahu aku cuma lepaskan geram dan lama-lama aku akan baik sendiri.

Kekurangan | Jujur kata, masing-masing ade kekurangan sendiri cuma kene bijak berfikir je. Macam aku suka sangat merajuk tak tentu pasal dan yang best nyer aku dapat suami tak pernah dan tak reti langsung memujuk..kah..kah..kah..mereput la ko sensorg kat situ kalau merajuk..gitu! 

Jadi dalam pada aku merajuk sekejapan je aku boleh okey dengan sendiri nyer sebab aku tau kalau ko macam tu memang tak berkesudahan la jawab nyer..
Lagi pun aku tak boleh tahan kalau tak bercakap dengan Eady..hahahahah...serius wehhh aku tak boleh kalau tak bercakap dengan dia. Jadi rindu..eh..hehehe..

Kesukaan | Cuma satu je kesukaan aku, meraikan hari istimewa..tak kira la harijadi dia ke harijadi anak-anak ke anniversary ke aku suka cuti spend time berdua atau dengan anak-anak. Aku suka menghargai orang walaupun dalam pada dating pun sempat bergaduh..kah..kah..kah..
Jadi, hari ni kami masih lagi bercuti untuk meraikan cinta kami dengan anak-anak. ;)

Kepada suamiku | Untuk suami yang baca entry ni (yang biase baca seminggu kemudian..hehehe..) b tak cintakan abang tapi b kasihkan kasih sayang abang pada b & anak-anak. Disebabkan sentiasa kasihkan abg, b selalu pesan kat abang kalau satu hari nanti abang terjumpa kebahagiaan lain bagitahu dengan b dan insya Allah b akan izinkan sebab bagi b, kita (especialy abang) berhak mencari kebahagiaan sendiri. Kita pernah hidup susah bersama dan kita sedang menuju mencari kesenangan bersama jadi kita tahu apa rasa dalam hati kita sendiri. Hidup kita bukan untuk diri kita sendiri, kita perlu hidup untuk kebahagiaan sendiri dan kebahagiaan orang lain juga. Hidup kita, perkahwinan kita, anak-anak kita semua kerana Allah SWT..



Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-9 wahai suami ku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang