thumbnail

Friday, April 29, 2016

De'Xandra Perfume Yang Super Murah Tapi Bau Tahan Paling Lama!

De'Xandra Inspired Perfume

Dexandra Inspired Perfume

Korang pernah dengar tak pasal De'Xandra Perfume nie? Sebenar nyer aku tau pun 2-3 bulan lepas sebab tengok kemain gigih dia orang buat promosi kat booth-booth area KL nie. Takde la try pun, tapi terperasan ade kawan pakai ehhh bau dia wangi nyer pastu sampai ke petang wangi je dak nie! Biler borak dia cakap dia pakai De'Xandra Perfume jek! Aku pun ooooooo...ooo je la weh..teruja la jugak tapi beli belum lagi.

Nak jadi citer 3 hari lepas perfume aku memang abis licin licau. Aku ni bangsa biasa pakai perfume jadi kalau sehari tak pakai rase lain machiam sangat! Korang aku tak tau la tapi aku rase macam tak cukup tak lengkap jek, lagi-lagi aku kan selalu jumpe peminjam (huhuhu...part ni berapa kali nak mention daaaa~) so 2 hari tak pakai perfume ni rase tak best je.

Ketahanan Luar Biasa Dengan Harga MAMPU MILIK!

Terjah web De'Xandra Perfume ni terus bertambah teruja lagi-lagi tang visi dia! Visi nyer : membantu lebih ramai penggemar wangian mendapatkan perfumes dengan ketahanan LUAR BIASA dengan semburan HARGA MAMPU MILIK! Tak teruja ke uolls?? Part HARGA MAMPU MILIK di vs kan dengan ketahanan luar biasa je dah buat aku tertarik~ Lebih 8 jam tau korang bau dia boleh tahan. 


Dexandra Inspired Perfume

Sebab aku dah try pakai De'Xandra Perfume 2 hari ni baru aku berani nak cerita, nak share best ke tak best, berkesan ke tak ketahanan dia. Aku tak suka bagitau orang benda yang alahaiiiii baru pakai sekali pastu citer degar-degar. Tu menipu nama nyer tak berkat hidup nanti. Part berkat paling aku takuit oiiii~


Dexandra Inspired Perfume

Confirm! Confirm bau dia tahan lama! Pagi aku pakai sebelum pegi office sampai asar bau dia still melekat terbau-bau lagi. Best best best. Eady yang jarang bercakap pun tegur aku petang semalam "eh B pakai perfume lagi ke?kuat je bau wangi nie" Aku cakap aku pakai yang pagi tadi punyer je tu. Rupa nyer perfume ni makin kau pakai makin meresap kat kulit dan badan, makin lama makin serasi jadi bau dia akan susah nak hilang. Perghhh wangilah kau sentiasa nanti! Suka tau~ Ehh..ade ke orang suka busuk? LOL!

Dengan ketahanan bau (lebih 8 jam) yang LUAR BIASA..perghh~

Kalau korang nak tahu, belum cukup setahun De'Xandra Perfume dalam pasaran, pada 14 November 2015,​ DeXandra di nobatkan sebagai THE BEST INDUSTRY CLASS SECTOR IN FRAGRANCE & LUXURIOUS PERFUMES​! Giler tak teruja? Keluaran bumiputera setanding dengan jenama antarabangsa tau. Bangga!

Midnight Fantasy - Britney Spears

Midnight Fantasy - Britney Spears dah tentu pilihan aku sejak dari duluuuuuu lagi! Walaupun ade jugak pakai perfume lain tapi Britney Spears memang jadi kegilaan aku sampai kakak aku pun dah tau sangat dah. Korang offer la ape pun yang ni jugak aku kenan. Paling tidak pun Estee Lauder Beautiful je selera aku. So korang kalau nak bagi hadiah sila take note okey? Kekekekee..

Lebih Banyak Pilihan

Boleh Klik [SINI] untuk lihat Pilihan Perfume Dexandra yang ada

Ada lebih dari 20 pilihan bau untuk lelaki dan lebih 40 pilihan bau bagi wanita yang diinspirasikan dari wangian Jenama Antarabangsa.  Perfume ni keluaran bumiputera, halal dan boleh dipakai ketika solat. Boleh jugak dibawak travel sebab botol dia kecik...ehh besar tak besar kecik tak kecik muat dalam handbeg. Botol dia besar 1 genggaman tangan aku jek, 35 ml EDP Perfume okehhh bukan EDT.

Dalam pada berwhatsapp dengan Adik Manis Cik Kumbang Fatin Comel aku tu (sebab aku tengah touch-up blog kalau korang perasan), jadi dengan dia lah aku dapatkan De'Xandra Perfume nie. Korang kalau nak beli jugak boleh la terjah FB atau IG dia. Kalau aku baik PM FB terus jek sebab rase macam lagi cepat dia balas. Ehh whatsapp pun cepat je dia jawab ;)

Beli De'Xandra Perfume yang original tau.

Hah jenuh cerita baru boleh bagitau harga dia! Confirm korang akan terperanjat sebab bau dah la tahan lama pastu harga murah nak matik. Jimat okeh~

Dengan harga : 1 botol RM 65.00 | 2 botol RM 120.00 korang akan dapat bau yang wangi selama 8 jam! Perghhhh...murah hoiiii ;) 

Dexandra Inspired Perfume
Boleh dijadikan sebagai hantaran!

Ada juga yang jadikan Perfume De'Xandra sebagai hadiah dan juga hantaran. Haaa bulan Mei nanti banyak hari sambutan khas bagi meraikan dan menghargai orang-orang disekeliling kita seperti Hari Ibu, Hari Guru, Hari JururawatNak jadikan hadiah Hari Anniversary pun boleh juga.

Kenapa kita perlu hadiahkan De'Xandra?

Sebab Dexandra membantu lebih ramai orang yang inginkan Perfume Jenama Antarabangsa dengan Kualiti Setanding pada harga yang Mampu MilikDan yang paling penting kita dah tak was-was lagi time solat. 

Beli Dengan Agen Yang Dipercayai!

Cepat korang boleh beli dengan adik manis cik kumbang comel aku tuh. Dah macam-macam nama aku panggil dia..ha..ha..ha..tapi memang betul comel lahhhhh ;) 

Siapa yang nak join Program Dropship pun bole rojer-rojer Cik Kumbang ni especially Blogger sebab ada Projek Duit Raya spesial untuk team Cik Kumbang. Nak tahu lebih lanjut berkaitan Program Droship bersama Dexandra boleh klik [SINI].

adik comel saiya ;)

FaceBook Personal : Nur Fatin Eisa Cik Kumbang
Instagram : Pick The Perfume
Whatsapp : 019-414 5620

Wednesday, April 27, 2016

Insentif 50 Tahun MARA : Pemberian Diskaun 50% Bagi Pinjaman Pelajaran MARA

Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran MARA !

Insentif sempena 50 tahun MARA


Permohonan boleh dibuat secara online di portal MARA http://insentif50.mara.gov.my/

1. Pemberian Insentif (Diskaun) ini bermula mulai 7 April 2016 hingga 31 Disember 2016.


2. Yang layak untuk mendapatkan Pemberian Insentif (Diskaun) ini :

- Tajaan tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik (Conversion). Kadar50% atas baki pinjaman dan ditambah 20% atas baki (selepas mengambil kira diskaun 50% )

- Layak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik termasuk mereka yang telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik (Conversion). Kadar20% atas baki pinjaman

-   Tidak tamat pengajian. Kadar : 50% atas baki pinjaman

*tidak termasuk kos siaran akhbar, kos guaman dan kos mahkamah.


3. Dokumen yang diperlukan semasa memohon Pemberian Insentif (Diskaun) ini :

- salinan skrol dan transkrip*
- surat perakuan gagal atau tidak tamat pengajian

* Salinan dokumen perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam

* Sekiranya skrol dan transkrip tiada dalam simpanan, peminjam perlu mendapatkan salinan transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.


4. Kaedah pembayaran boleh dibuat selepas mendapat kelulusan :

Bayaran balik sekaligus dari baki semasa hendaklah dibuat secara tunai/deraf bank/cek bank di Kaunter Bayaran MARA, Pejabat Pos, BSN, BIMB dan Bank Rakyat serta melalui perbankan internet di bank-bank komersial tempatan yang terpilih. ** Sila layari www.mara.gov.my bagi semakan panduan bayaran secara online/di kaunter bank.

Kaedah pembayaran lain boleh rujuk di FAQ. Syarat permohonan boleh baca di siniPeminjam perlu membuat bayaran secara sekali gus dari baki semasa dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat kelulusan. 


Nombor Rasmi Untuk Dihubungi :

MARA CALL CENTRE
Talian Utama: 03-261 32000 / 35082 / 35084 / 35085 / 35086 / 35088

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA
03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178


FB : Bahagian Kawalan Kredit MARA

WW : Doktor Syakirah Irneena Suhaidi


Fokus nyer!

Perut kosong pun nak kene check! Hihihiii...

Tak lama lagi (insya Allah bulan 7 nanti) budak ni akan berusia 3 tahun! Kejap je masa, masih lagi baby kami nie..Becok, manja kededek, taiko, kuat mengamuk, kuat meragam, kuat makan, kuat buat abang kakak..ehh semua dia lah..paling geram kalau bercakap. Seketul-seketul perkataan tanpa pelat. Haish...macam nak cubit-cubit jek mulut tuh. Garang pun boleh tahan. Langsung tak nak dengan orang yang dia tak kenal. 

Tuesday, April 26, 2016

TERKINI : Selepas 30 Hari Pakai Ephyra Serum.

Terbaru tak terbarulah..kalau ikutkan hari patut update 16.04.2016 sebab genap sebulan aku pakai ADVANCED REPAIR SERUM dari Ephyra tu. Paham-paham je lah kan..lately ni kerja kat office adalah super pening sampai malas nak mengadap blog. 

Nampak tak?

Sebenar nyer ade je lagi kawah-kawah & wrinkles tu tapi tak berapa nampak pulak kat gambar 16.04.2016 cuma beza nyer muka makin bertambah OKEY dari duluuuuu! Kalau dulu tak berani ... eh bukan tak berani tapi malu nak keluar rumah tanpa senipis bedak! Tapi sekarang ni dah berani sikit-sikit nak pegi kedai depan dengan muka polos. Wahhhh gitu.

Kalau ikutkan masih lagi dalam kategori muka tak licin lagi tau muka aku nie. Teringin sangat nak muka licin licau macam Memey tuh..serius cantik Memey kat luar! Dah la baik..ehh..tetibe citer pasal Memey plak. 

Sekarang aku tengah on serum botol ke-2 dah nie. Sempat beli sebotol je masa #SBB2016 sebab tengah diskaun giler-giler. Sebiji botol kecik memang ngam-ngam untuk 30 hari lah kalau ikut kiraan aku. Tu pun pakai siang malam tau..kalau kau jenis yang pakai sehari 2 kali mungkin lebih 30 hari la kot. Macam aku lepas subuh bawak ke lepas zohor bawak ke lepas asar pastu lepas isyak..ha..ha..ha..tak sabar nak flawless punyer pasal! 

Tak sabar nak dapat efek kilauan pada kulit wajah kata kau.

Untuk lebih lanjut boleh ke web Oceanlife. Kat sana testimoni pun ade, senarai produk pun ade. Selain tu boleh terjah IG rasmi Ephyra2u.

Puas hati sebab dapat hilangkan lubang-lubang dan blackhead whitehead dapat dikurangkan setelah lebih berpuluh tahun aku hadap benda nie. Macam-macam produk dah cuba, nampak gaya yang ini sangat serasi dengan aku. ADVANCED REPAIR SERUM dari #ephyra adalah SANGAT BEST!


Contest #selfie Bersama Mug Ephyra Special Edition 

Semalam aku cuti, dating dengan Eady. Dating kewww? Banyak urusan rasmi semalam ke hulu ke hilir tapi berdua lah..anak-anak sekolah dan taska.

Selepas #sepetangbersamablogger2016 yang lepas, #Ephyra adakan satu Selfie Mini-Contest bersama mug eksklusif #Ephyra. Aku ni gigih la masuk ade la terselit sekali gambar dak Syakirah sekeping.

tengok la tangan gebu tu!

Semalam tetibe dapat notification kat IG yang aku menang contest selfie tu, masalah nyer aku yang jenuh selfie tapi dak Syakirah yang menang..acanne? Hihihiii..tuah budak bertuah! Padahal minum air masak je tuhhh~ Alhamdulillah ;) hadiah nyer 1 Set Merhandise Eksklusif Ephyra & Sehelai t-shirt Ephyra. TQ Ephyra ! Terima kasih Oceanlife ! ;)

Friday, April 22, 2016

Busy!


Hari-hari busy macam nak pitam! *cetmacamlabusysangatttt* Kerja tak banyak tapi satu kerja tu remeh ya hamat. Kene bagi tumpuan penuh. 

Geng dahi luas!

Aku tinggalkan korang dengan gambar nyeri. Sila abaikan eye bag yang macam hape ntah tu. Lagi pun dah petang lagi tak nampak muka berseri..ha..ha..ha..

Later-later aku blogging sambil jogging. ;) nak BW ni nak kene relax-relax baru ade feel!

Wednesday, April 20, 2016

Tahfiz Muda Syahmi Irsyad


Sejak kami layan rancangan Tahfiz Muda di channel Oasis, Syahmi hari-hari cakap dia nak jadi tahfiz. Siap cakap 1 hari dia nak hafal 1 surah..maka nyer setiap masa dia baca surah sepanjang dalam kereta sampai bawak-bawak bergaduh dengan Sufiya, sebab bising.

Sila abaikan suara latar comel itu!

Semalam kami ke Sunway Pyramid, jadi sepanjang pegi dan sepanjang balik la dia baca surah Dhuha sampai aku pun terikut sama..

Kalau dulu dia bercita-cita nak jadi angkasawan, pastu nak jadi chef sekarang dia cakap cita-cita dia nak jadi tahfiz/hafazan/tilawah (ni list dia cakap setiap hari!). Dia cakap dia nak pegi Mekah. Korang doakan tau, semoga Syahmi Irsyad menjadi seorang tahfiz hafazan dan berpeluang jejakkan kaki di kota Mekah satu hari nanti ;)

Aku masih lagi tercari-cari (meng-google) kelas hafazan/tahfiz untuk Syahmi & Sufiya. Yang ade pun setakat ni kelas di Masjid Negara dan Masjid KLCC tapi masa cuti sekolah hujung tahun jek. Hmmm..hujung tahun kan aku balik Labuan. Tengok lah macam mana..harap ade rezeki anak-anak nie untuk join kelas hafazan nie.


Tuesday, April 19, 2016

#SBB2016 : Sepetang Sangat Ke Bersama Blogger 2016 Nie?


Huh sana sini tak habis-habis lagi citer pasal Sepetang Bersama Blogger 2016 (#SBB2016) nih! Best sangat ke?? Tengok dulu-dulu biase-biase jek.

#SBB2016

Masa sampai pun termanggu-manggu ehh nak jalan mana ni..nak naik lif mana nie. Tanye-tanye orang, lagipun orang-orang yang ade pun sama-sama blogger jugak cuma tak berapa kenal. Huhuhuu..ehh bukan dia orang tak terkenal, aku lah takde orang kenal! Then dah sampai naik tangga terus nampak MAK! 

Terus terpa bersalam dengan mak ;) punyer lah dekat rumah tapi punyerrrr la payah nak jumpa! Ha..ha..ha..kire ni pertama kali jumpe mak secara live. Ehhh ramai la berjumpa pertama kali! Almaklum ini pertama kali aku join #SBB2016 ni.

Pendaftaran semua berjalan lancar, majlis pun santai-santai je. Lebih kepada majlis melepak dengan kawan-kawan lah gituuuuuuuu, muka semua orang kalau korang tengok senyummmmmmm je ;)

Muka happy!

Dari atas : kami duduk di meja no.1, dikira meja bertuah sebab semua kat meja tu dapat cabutan bertuah kecuali kumbang nan sorg..hehehe..

Gambar tengah : 

> Dari kiri : 1st time jumpe kak Alin Marlini aka akak kembang..tema kami tersama dengan alas meja dan pakaian kami sama warna ;) 
> Sebelah : bersama orang kuat Denaihati Network yang menguruskan majlis #SBB2016 ni Kid (www.shakiddo.com), 
> Tudung biru Innanie Ariffin (www.coklateyes.my) orang kuat Ephyra ni! Wottt wottt~ 
> Yang beruban tu sapa tak kenal meh nak luku! Hahaha..itu lah RAJA SELFIE MALAYSIA weyyyyy..dengan syarat kau kene buat muka serius okeyyyyyyy~ Aku tak reti serius muka aku dah nampak macam marah pulak..hahaha..hai Uncle Gedek!

Gambar bawah :
>  Tuh Bro Framestone dengan trademark dia ;)
> Mama Jue sapa tak kenal! Aku la kenal dia dari geng forum mak mak (yang dah terkubur tu! hahaha..) ibu nangdung tu..nak amik aura pun tak bleh dah pulak..kekeke..
> Mak kiter ;)
> Tu aku dengan muka pelik T_______T

Lagi!

Bersama Ujang yang dah bertukar kerjaya jadi model jubah sekarang ni! Hahahaa..
Bawah yang comel matas sepet tu Rafzan Tomomi yang terperanjat biler menang hadiah cabutan bertuah! Dapat ape Momi? Rase nyer macam tablet Lenovo kalo tak silap ;) Tahniah awaaaaa.

Finally dapat jugak berjumpa dengan geng Utara nunnnnnn! Biase baca dan tengok kat blog jek..tu Farah Wahyda dengan El Derwena tuh gigih kauuuu datang dari Peng pastu abis #SBB2016 pegi pulang pusing shopping kat Ikea Damansara nun! Gigih gilerrrr...El kemain kauuu menjerit biler nampak aku kan? Kekekeke..tanjat gegurl tauuuu! ;)

Tu yang pakai spek tuh..Boni Kacak aka Robboni yang glemer dengan kad CIDB dia tuh..rase nak lempang-lempang je dak Boni nie..hahahaa...tapi Boni ni serius glemer weyyy..!

Kalau ikutkan ramai lagiiiiii aku jumpa tapi takde la amik gambar semua..hahaha..ade Ida Baharum, ade Ina Ainaa, disapa oleh Khir Khalid sampai buat aku err err errr tak reti nak jawab pulak tetibe! Ha.ha.ha..tanjat sangat orang hebat tegur kiter wak ;) Aiin Baharom semeja dengan kami. Eh ramai nyerrrrr kalau nak letak link nie..kekeke..

No.1 uuuu

Sebenar nyer malam sebelum sebelum majlis tu aku ade post kat FB nak menang pakej umrah sekali Eady emo plak..kekeke..macam aku nak tingglkan dia je kalau dapat menag pakej umrah tu, pastu aku cakap kat dia ala B mana penah bertuah laaa tengok la cabutan bertuah mana-mana mana B penah dapat! Sekali pagi tu..start je majlis orang pertama nama naik adalah nama aku! Ha..ha..ha..tengok-tengok dapat hamper Ephyra lagi rase terharuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangat tau!! 

Sebab nyer pagi tu aku memang target nak beli barang Ephyra kat booth situ sebab ade jualan murah! Siap minta duit kat Eady lagi. Aku kan penggila Ephyra sekarang nie ;) dan tak sangka dapat hadiah hamper Ephyra! Terus peluk ketat-ketat sampai staff Denaihati tu gelak-gelak tengok aku. Gembira sangat sampai lupa pasal nak menang pakej umrah tu..kekeke..

Okey ini cerita kelakar ;)

Pagi tu nampak Norman Hakim & Memey masuk dewan, siap cakap dengan Ayang (Ainie Zubir) yang aku kalau nampak retis takde la tergedik-gedik nak pegi bergambar..biase-biase je, takat kalau dah nampak oooo ok..gitu. 

Waktu ni aku pegi booth Ephyra nak beli ADVANCED REPAIR SERUM sebotol nak buat stok, sekali tengok Norman & Memey free takde orang bergambar, sekali Innanie cakap kat Memey ni lah salah sorang testimoni kiter yang berjaya..pastu ehh tetibe jom bergambar..haaaa jom! 

Kekekeke..pegi kat meja tunjuk kat kak Alin, kat Jue, kat Ainie aku terus tergelak sebab dalam aku cakap tak nak bergambar alih-alih aku yang bergambar dulu dari dia orang..tengok-tengok aku yang sengih lebar plak dalam gambar nie..ha..ha..ha..

Paling suka gambar nie!

Hah..blogger dan bergambar berpisah tiada..ha..ha..ha..ni lah keje kita orang semua dalam 1 dewan tuh..tak abis-abis bergambar kat photo booth #kotaklensa ! Kalau korang nak tengok boleh terjah kotaklensa.com nah kauuuu beratus-ratus gambar & paling best semua muka happening giler ;)

Banyak ke sikit? (kecuali hamper tu la..hihiiii...)

Dengan bayaran RM30 korang dapat semua best ke tak best?? Haruslah BEST GILER kan! Lagipun mana korang nak dapat keseronokkan bersama kawan-kawan. Dapat kenal dengan kawan-kawan baru lagi..dengan bayaran RM30 tu korang dapat kenangan yang tak dapat dilupakan dan ukhwah berpanjangan ;)

Best sangat.

Hadiah hamper, yang tiada dalam gambar sejadah, kain pelekat & kain batik ;)

Complete 1 keluarga boleh rase hamper nie. Air abam sado untuk Eady, Inteemor..Skin Bar..Serum..air oren Ephyra tu dah tentu aku punyer lah.. Sejadah kain batik ibu amik, kain pelekat Syahmi dah chop dulu, dan bakul cantik Sufiya amik. Adik mok sila berebut bakul dengan kakak k..kekekeke...

Cilok gambar dari @CVSPRODUCTION

BTW, 

TQ #Denaihatinetwork TQ #ephyra TQ #Oceanlife TQ #MDeCSBB2016 TQ #SBB2016 , hakak gumbira to the max! ;)

Monday, April 18, 2016

TC Boy Tuna Dengan Tuna Terpilih, Ye Ke?


Pertama kali aku nak cuba TC Boy tuna nie, selama ni tau je jenama ni tapi rase memang tak pernah la. Pada awal nyer aku takut nak cuba sebab selalu sangat terdengar momokkan cakap bau hanyir la tak sedap la tapi kalau tak cuba kiter tak tau kan?

TC Boy Tuna Terpilih!

Seminggu lebih dah tersimpan kat dapur TC Boy Tuna nie, ntah kenapa macam tak nak rase jugak walaupun dah ade, tapi nak jadikan citer..semalam lapar..ha..ha..ha..gigih la masuk dapur cari ape benda boleh di makan! Konon diet kan tak nak la makan malam. 

Tengok kat dapur blink blink blink tin TC Boy ni macam menarik perasaan je mintak di makan! Almaklum nak masak malas so haruslah cari yang pantas dimakan. Baca produk TC Boy ni kat kotak ehhh tak perlu dimasak! Boleh makan begitu saja..wahhhh ini sudah bagus lah! Cepat-cepat amik roti keluarkan lemon & hiris cili padi. Perghh..

Teka yang mana pilihan aku?

Haruslah tuna dengan cili padi yang menjadi pilihan hati! Kata tekak mesti yang pedas-pedas kan maka tuna dengan cili padi adalah pilihan paling terbaik buat aku. Korang kalau pegi camping ke travel ke dah tak payah risau kalau makan tak pedas. Boleh je bawak TC Boy Tuna ni kemana-mana. Tin nampak je kecik tapi isi dalam dia mampu buat sandwich sebanyak 4 set! Selain dari Tuna dengan Cili Padi ada banyak lagi pilihan lain, so sangat sesuai untuk satu keluarga yang mana ada macam-macam tekak ;)

Bagi aku aku sukaaaaa sangattttt dengan TC Boy Tuna dengan Cili Padi nie! Aaaaaa..pedas-pedas weyy tapi jaga-jaga ade cili padi seketul dua dalam tin tu tau! Aku siap perah lemon sikit bagi penambah perisa sedap tu...aaaaa sedap nyerrrr~

Dah la makan share-share dengan Syakirah mok tu..sibuk je dia..sambil makan cakap das--dass--pastu minum air tapi mintak lagi. Ehh..kene buatkan lain! Cecepat buatkan sandwich TC Boy Tuna dengan pilihan Mayones Sebenar untuk dia!

Abis licin dia makan 1 set setengah sandwich tu.

Tak sangak pulak sandwich TC Boy tuna ni Syakirah nak makan sebab dia memang terkenal dengan tak suka roti. Kalau beli roti hotdog tu dia makan hotdog je roti dia bagi kat abang dia, tapi biler semalam aku buat sandwich TC Boy tuna dengan cili padi tu dia mintak pulak dah tu makan banyak! Ehhh pelik? Bermakna produk TC Boy ni adalah sangat menepati tekak kanak-kanak yang cerewet makan jugak nie. Bagus bagus.

Petang ni nak buat sandwich lain pulak sebab kebiasaan ini adalah makan Eady & Syahmi, nak buat jugak sebab semalam Eady dan dua kanak-kanak tu tak rase lagi. Nak testimoni dengan dia orang pulak ;) hihihihi~

Tempat buka nyer terbalik sebab tu tin tu terbalik ;)

Alah mesti ramai cakap makanan dalam tin tak bagus la tak segar la tak sedap la. Bagi aku tak cuba tak tau lagi! Lagipun kan, produk TC Boy ni tiada bahan pengawet & tiada tambahan MSG tau. Yang penting TC Boy Tuna ni diyakin HALAL tauuu..so jangan nak speku lebih. Makan je dengan bahagia ;)

TC Boy diasaskan sejak tahun 1991 lagi, selain Malaysia TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunie, China & Timur Tengah. TC Boy Tuna & Salmon kaya dengan Omega 3, Protein, Kalsium dan juga rendah lemak. So makan lagi banyak lagi bagus.

Antara pilihan tuna yang ade. Klik gambar untu klebih jelas.

Banyakkan pilihan yang ade? Mungkin ade yang tak nak pedas, mungkin ade yang nak bersama mayonis, mungkin nak yang ade dengan macam-macam lah! Ikut selera masing-masing la kan. Dengan TC Boy Tuna ni korang tak payah risau boleh beli semua untuk 1 keluarga! Paling best senang nak bawak kemana-mana sebab 1 tin ni tak memenuhkan ruang beg pun. 

Korang yang travel backpack aku sangat suggestkan bawak TC Boy Tuna ni sebab ia mudah buka-buka terus makan dengan roti atau pun nasi dah boleh sangat dah. Tak perlu nak kuali periuk bagai mase travel tu.

Kalau yang family tu pergi bercuti tepi pantai sungai haruslah cepat sangat lapar kan? Lagi bagus bawak ni takde nyer nak dengar anak-anak memekak lapar! Nah...buka je terus tepek kat roti jadi sandwich terus ;) So korang tahun ni nak balik raya jem lebih berbelas jam tu kan ha..TC Boy Tuna ni bagus disimpan dalam kete sebagai makan kecemasan. Bagus sangat produk nie. *tumbsup!*

Ini untuk mak-mak yang rajin

Pelbagai resepi disediakan untuk mak-mak yang rajin masak dengan menggunakan TC  Boy Tuna nie! Serius aku pun terperanjat biler tengok kat web : TC Boy Tuna ni penuh dengan resepi! Sapa sangka, 1 tin kecik tu macam-macam resepi boleh buat. Serius kagum! Tenganga-nganga baca resepi weyy...macam ehhh masak ni pun boleh dengan TC Boy ni?? Wahhhhh kejap! Nampak gaya aku pun nak kene start buat stok banyak-banyak kat rumah nie. Kalau lapar tengah malam dah tak risau sangat dah nie ;) Ehh...ni makanan diet la nie.

Oh ye selain dari tuna dan salmon,  TC Boy pun ade produk lain seperti Baked Bean, Sardin & Makarel juga buah seperti kelapa laut dengan madu pun ade! Banyak kan? Korang boleh selak-selak kat web TC Boy untuk lebih lanjut. SERIUS korang takkan jangka apa ade kat web tu! Aku pun terkejut.

Thursday, April 14, 2016

Raisya Tradi Spa, Shah Alam


Mari kiter update dengan gembira nyer sementara mood feling-feling spa masih ade! Wewewewe... ;) Tak tergambar rase nyer..best! Tengok belum cerita penuh lagi dah bagitau best! Sungguh.

Semalam (13.04.2016) aku dengan blogger Aini  Zubir pegi me-ME TIME ! Hahaha..ape punyer perkataan da. Actually kita orang dapat jemputan dari owner Raisya Tradi Spa untuk rasa Full Body Massage termasuk sesi Pedi Madicure. Haruslah teruja sampai amik cuti sebab hari kerja je Raisya Tradi Spa ade slot kosong! Weekend semua penuh. Pergghh..nampak tak betapa best nyer promo dia orang! Heh ade promo? Mesti lah ade! Korang baca sampai abis okey ;)

Dari bawah sebelum naik ke Raisya Tradi Spa ni dah penuh dengan haruman bau wangi serai! Giler wangi macam terbuai-buai di buat nyer..naik je tangga dah cakap dengan Aini..wangi nyerrrr suka la! Terus masuk mood spa dalam diri gitu. Ehiks. Masuk je dalam spa kami di sambut mesra oleh owner dan staff sampai rasekan ehh macam lepak dengan kawan-kawan jek sebab mesra alam semua orang! Terus hilang rase malu-malu alah. Korang takkan rasa kekok biler buat spa treatment kat Raisya Tradi Spa nie. Serius.

Sesi Pedi Medi


Untuk sesi pedi medi

aku yang hmm..

Sebenar nyer aku tak nak pedi medi nie..huhuu..aku rase like..err perlu ke orang cuci kaki aku? Perlu ke orang bersihkan kuku kaki aku nie?? Aaaaaa...tapi lepas dapat penerangan dari owner Raisya Tradi Spa ni baru lah rase macam aaa ok la kot. Ha..ha..ha..padahal iolls penggeli tau! Orang pegang kaki pun rase geli nak mati. Last-last duk belek kuku tangan kaki sendiri sebab bersih sangat! Licin licau pastu wangi je tangan. Almaklum 1st time rase pedi medi ni. Seumur hidup tak pernah buat korang.

Aku buat pedi medi dulu sementara tunggu turn nak berurut. Part berurut yang tak sabar sebenar nyer sebab dah 5 tahun kau tak urut badan! Lepas bersalin tahun 2013 pun tak berurut. Duk tangguh-tangguh last-last sampai 5 tahun tangguh. Bagus lah kan.

Sesi Berurut Yang Maha Best!

Okey part ni yang TERpaling tak sabar nak cerita!Nah kalau boleh semua perkataan tu nak capslock! Best giler! Best sampai terbuai-buai...wahhh gitu~

Dah tentu lah tempat perbaringan urut.

Dia punyer urut..nah kau mak bapak sakit dia uli dia ayak dia tebar-tebar badan kau tapi kesedapan nyer tak terkata weh! LEGA GILER BADAN! Tukang urut nyer muda belia je pun tapi tenaga urut dia..kawkaw kata kau! Lagipun pengalaman dia berurut memang tiada tandingan lah, dari kecik dia urut orang lagi pun seluruh keturunan dia memang urut orang. Power giler. 

Masa urut aku asyik mengaduh je..hahahaha..aku kan orang yang tak tahan sakit! Sampai Bella si tukang urut pun cakap "akak ni manja sangat laaa..." pastu gelak-gelak. Dengan Bella ni langsung rase tak malu la nak singkap sana sini sikit (sikit je la!) sebab dia punyer ramah sampai lupa kau tengah berurut. Dia layan kau macam kawan-kawan je. Eh aku ade mention kan staff Raisya Tradi Spa ni peramah? Best weh..

Berurut tu amik mase dalam sejam setengah hingga ke 2 jam dia uli kau. Pendek kata Bella "selagi saya tak puas macam rase macam saya kerja ala-ala kadar jek! Saya tak suka kerja laju-laju tak feel" kerlas kau Bella ;) tapi aku memang recommend la Bella nie. Power sungguh.

Tangan aku yang belah kanan ni sakit dah berbulan-bulan sampai ke jari (yang haritu berbalut tu lah) Dia cakap "ni tangan banyak sangat pegang mouse nie! Lagipun darah tak jalan betul ni kak..tengok sini (pelipat tangan) banyak urat dah keras so darah tak jalan betul sampai hujung jari" so di urut part tu lama sampai rasa tak sakit dah. Bella ni tak kedekut ilmu urut wey..siap pesan "mlm mlm akak urut tangan akak dari atas ke bawah sampai hujung jari kalau tak nak bagi skait balik"

Bagus sangat dak Bella nie. Tu belum part dia betulkan urat paha! Nak meraung kata kauuu..sakit nak mati! Ha..ha..ha..rase nak nangis tapi lepas tu wahhh feel dia cengginiiii..!

Lulur

Bahan Lulur.

Lepas sejam setengah urut rehat 10 minit kejap bagi badan sejuk sikit, baru Bella start lulurkan badan. Hah yang ni pun best giler, sebab lulur tu kasar nak mati. Ha..ha..ha..dia punyer tenyeh badan kiter macam budak hitam balik main lumpur tu. Gosok gosok gosok kaw kaw punyerrrrr..memang kalau tengok merah-merah badan aku kene tenyeh. Yang penting BEST kene lulur nie! Bersih giler badan licin licau..kalau kiter nak tenyeh sendiri memang tangan tak sampai la kan..

Rajin nyer Bella ni sampai tahap kat Miss V , t*t*k & ketiak pun dia nak lulur kan! Dah kenapa kau Bella?? Dia cakap "ala kak dah biase la..sama jek.." Dah kata free kan haruslah TAK kasi gosok kat situ..Ha..ha..ha..giler kauuuuuu..malu kot! :) Lepas abis 1 badan dilulur baru la dapat nak mandi buih! Ehh..mandi susu ;) tapi memang ade buih pun. Ahaks~

Mandi Bunga & Mandi Susu

Parti buih

Sebenar nyer mandi susu jek tapi aku je yang tambah mandi bunga sebab dah bath tub tu penuh bunga! Wangi plak tu. Dengan aroma serai penuh 1 bilik air haruslah lagi feling mandi susu tu.

Sepanjang hidup ni pun 1st time mandi susu mandi bunga bagai nie! Huhuhu..10 tahun dulu nak kawin pun tak mandi bagai macam nie. Sekarang baru dapat rase uolls. Sian aku. Berendam macam nak tertido. Part ni takde nak citer banyak sebab selagi korang tak rasa sendiri korang tak tau macam mana feel best dia tu. Yang penting BEST & TERBAIK sangat pakej Raisya Tradi Spa ni.

Gambar IG aku.

Promo Raisya Tradi Spa 

Raisya Tradi Spa tengah buat promo

Untuk kami semalam, diberikan pakej 3 dan sesi pedi medi yang mengambil masa dalam 4-5 jam! Macam aku semalam total 4 jam jugak la kat situ. Baru betul punyer ME TIME aku semalam! Hilang habis stress-stress sakit-sakit badan aku. Dengan harga RM99 je korang dapat sesi 4 jam siap berlulur bermandi susu! Rugi kot sapa tak grap promo ni! Cepat call owner Raisya Tradi Spa untuk book 1 sesi. Promosi sampai hujung bulan April.

Terjah IG Raisya Tradi Spa untuk promo akan datang. Rugi kalau terlepas promo-promo ni semua.

Alamat : D-9-1 Alam Avenue 1, 
                 Seksyen 16, Padang Jawa,
                 Shah Alam, Selangor

Appointment : 016-2078091 (Noor)
Masa Operasi : 11 pagi - 8 malam
Buka : Selasa-Ahad (Isnin tutup)
FB : Raisya Tradi Spa 1

Dari kiri : Sya (Pedi Medi), Naumi (PR Raisya Tradi Spa), Aini (TQ ayang untuk gambar ni), Pn. Noor (owner Raisya Tradi Spa), Bella (tukang urut yang sangat best kata kau!) & aku la.

Sebelum terlupa Raisya Tradi Spa ade buat GA sempena pembukaan spa. Kalau korang nak rase semua yang aku rase nie, iaitu pakej 3 tu cepat-cepat join tau!
Bagaimana hendak menyertai? Mudah sahaja..

1. Like Facebook Page Raisya Tradi Spa 1
2. Repost Gambar dibawah.
3. Sertakan slogan : “Jom sertai Giveaway Raisya Tradi Spa, boleh menang urutan badan secara percuma. Rugi kalau tak join tau!” #GAByRaisyaTradiSpa1

Kalau tak paham boleh terjah web Raisya Tradi Spa okey. Tarikh tutup contest hujung bln 4 ni jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang