Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran MARA !
Insentif sempena 50 tahun MARA
Permohonan boleh dibuat secara online di portal MARA http://insentif50.mara.gov.my/
1. Pemberian Insentif (Diskaun) ini bermula mulai 7 April 2016 hingga 31 Disember 2016.
2. Yang layak untuk mendapatkan Pemberian Insentif (Diskaun) ini :
- Tajaan tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus pengajian tetapi tidak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik (Conversion). Kadar : 50% atas baki pinjaman dan ditambah 20% atas baki (selepas mengambil kira diskaun 50% )
- Layak mendapat kemudahan Pengurangan Bayaran Balik termasuk mereka yang telah memperolehi Pengurangan Bayaran Balik (Conversion). Kadar : 20% atas baki pinjaman
- Tidak tamat pengajian. Kadar : 50% atas baki pinjaman
*tidak termasuk kos siaran akhbar, kos guaman dan kos mahkamah.
3. Dokumen yang diperlukan semasa memohon Pemberian Insentif (Diskaun) ini :
- salinan skrol dan transkrip*
- surat perakuan gagal atau tidak tamat pengajian
* Salinan dokumen perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam
* Sekiranya skrol dan transkrip tiada dalam simpanan, peminjam perlu mendapatkan salinan transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.
4. Kaedah pembayaran boleh dibuat selepas mendapat kelulusan :
Bayaran balik sekaligus dari baki semasa hendaklah dibuat secara tunai/deraf bank/cek bank di Kaunter Bayaran MARA, Pejabat Pos, BSN, BIMB dan Bank Rakyat serta melalui perbankan internet di bank-bank komersial tempatan yang terpilih. ** Sila layari www.mara.gov.my bagi semakan panduan bayaran secara online/di kaunter bank.
Kaedah pembayaran lain boleh rujuk di FAQ. Syarat permohonan boleh baca di sini. Peminjam perlu membuat bayaran secara sekali gus dari baki semasa dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat kelulusan.
Nombor Rasmi Untuk Dihubungi :
MARA CALL CENTRE
Talian Utama: 03-261 32000 / 35082 / 35084 / 35085 / 35086 / 35088
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA
03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178
FB : Bahagian Kawalan Kredit MARA
24 comments:
Harap2nya 'orang itu' bayarlah pinjamannya...tolong jangan susahkan suamiku...huhuhu
bagus nie..nnt kite spread the news kat kengkawan yg ade hutang ngan mara..
Ada peluang baik jgn lepaskan
Lebih baik dpt langsaikan hutang lebih cepat.
Kepada yg berkenaanlah.
tq for info...
sikit lg sikit lagi..hehe..pasni setel..bulih buat hutang lain plak haha
berbaloi ni.. ambk pluang ni utk lunaskan hutang
haaa good job kak izwa...bagus spread the news...alhamdulilah mmg bagus pembiayaan Mara ni...
Assalam.. info yg bagus ini buat mana2 yg berkaitan tu.
ingat MARA ingat encik laki...eh...hahaha...
ha apa lagi tunggu deme tu
grab lah..baguslah depa bagi diskaun
wah.. tq kak mara.. tpi xde rezeki plk nk lgsaikn kali ni.
kne tggu next pgumuman plk la nmpknye.. huhu
e'eh peluang yg baik nie...harap2 yg layak cepat apply dan tak lepaskan peluang nieh...
Peluang yg bagus dan menarik ni... moga bermanfaat kpd semua yg berkenaan. Thanks sharing Idzwa... :)
Alhamdulilah dah lama habis....
Perkonsian yg bgus
Berita baik ni. Rugi kalau tak guna sebaiknya
bagus kan... i pon rimas member asik la tanya mcm mana nak buat pengurangan..harap2 settle semua masalab derang
Bagus ni dah ada pengurangan..
Pada yg berhutang tu elok lah langsaikan skrg..
Boleh anak yg lain memohon pulakkan..
salam idzwa
apa kabar lama tak singgah sini
cerita pasal Mara ke kaknoor tak reti nak masuk lah
marapu tau lah kaknoor hehe
berita baik sangat sangat ni. kurang beban parents dekat luar sana
aida simpan impian utk anak-anak.
tak moh diorang pinjam meminjam utk belajar nanti.
in shaa Allah... aminnn...
peluang baik ni, cepat2 settlekan
Kalau tidak tamat pengajian(sekerat jalan) blh apply bayar guna epf acc 2 tak?
Post a Comment