thumbnail

Tuesday, June 28, 2016

Geram Tak Habis Lagi !


Rase nak picit-picit je dia !

Geram tak habis lagi dari hari ahad tau..kecik besar kecik besar je tengok budak nie. Separuh mungkin dah tau sebab aku ade update kat FB. Ni nak cerita, budak ni la kan hari ahad duduk rumah dia buat kerja giler-giler sampai aku terus feeling bibik korang tau.

Ahad aku tinggal dengan dia je sebab SyahmiSufiya pegi tusyen, sementara dia orang tusyen Eady pegi office. So aku macam biase la buat kerja rumah lah. Yang nak jadi cerita budak nie..

Aku tengah leka basuh pinggan, dia ade je sekitar aku main cawan plastik tapi ntah biler dia pegi main botol kaca sanquick aku pun tak perasan ! Yang perasan biler botol tu dah jatuh pecah berderai..huwaa..yang belum buka okey ! Botol besar tauuuuuuu..laju-laju aku angkat dia bawak pegi bilik air sebab aku perasan ade kaca kat jari dia. Pelan-pelan aku basuh buang kaca tu start la aku mengelap sanquick yang pekat likat tu, mengemop ntah berapa kali ntah sebab aku nak hilangkan kaca kecik-kecik yang berterabur kat dapur.

Aku halau dia duduk kat depan depan tv sebab aku risau kaca tu kene kaki dia, dekat sejam aku setelkan bab dapur..datang depan tengok..YA ALLAHHHHHHHHH..dah kenapa ruang tamu penuh dengan kertas dan tisu koyak-koyakkk..huarghhh...terus laju je mulut aku "adikkkkkkk buat ape niiieeee???" boleh pulak dia jawab "adik main toyak toyakkk.." >_< nangis la cannie..

Habis dekat sejam setengah aku setelkan semua, aku pegi la gosok baju kat bilik solat pulak..aku pesan kat dia adik duduk sini tengok tv okey..mama nak gosok baju..baring sini je. Dia okey sengih jek ! Lama aku menggosok baru aku terperasan ehhhh kenapa senyap sangat niiiiii??? Cari kat depan ehhh xde ! Tengok-tengok dia kat dapur tengah main tabur beras ! Huwaaaaaa...dah kenapa ko ni dikkk...dia sengihhh je tengok aku, yang aku ni kalau boleh jadi realiti memang asap keluar kot hidung dengan telinga dah..ha..ha..ha..sabar mama sabarrrrr..

Kene menyapu beras pulak dahhhh..haishh..habis semua aku sidai baju pulak sebab dah nak tengahari..tempat sidai baju dekat je dengan ruang tamu. Habis sidai baju terus rase nak pitam ! sebab tengok-tengok dia dah kirai abis semua baju yang dah dilipat yang tunggu mase nak masuk dalam almari. Huwaa..ni cobaan ape ni?? Nak suruh mama mogok ke hape niee....Dia? buat-buat muka macam minta simpati buat-buat muka manje, sambil cakap "adik nak lipat!"

Laju-laju wasap Eady mengadu..yang geram dengan abah dia senang je jawab "takpe nanti abang ganti sanquick tu..kain tu nanti abang lipat" huwaa..mase tu tak tau nak geram kat sapa ! Nak geram kat anak macam shomel sangat nak geram kat bapak jauh pulak time tu..ha..ha..ha..

Monday, June 27, 2016

Selamat Hari Lahir SYAHMI IRSYAD SUHAIDI !


Syahmi Irsyad Bin Suhaidi

Serius tak sangka dia dah 9 tahun ! Sekejap nyer masa..teringat masa nak bersalinkan dia. Hmmm..kenangan yang langsung tak boleh dilupakan dan tak mungkin akan dilupakan bila nyawa kami dipertaruhkan. Tumpah darah yang teruk menyebabkan aku hampir seharian semalaman tak sedar. Dia, keluar dalam keadaan berlumuran darah bukan seperti baby lain yang keluar dalam keadaan putih lendir. 

Kenangan stretcher ditolak laju dalam keadaan berlari-lari sebijik macam cerita kegemaran aku Grey's Anatomy ! Tak boleh lupa betapa peningnya bila dalam keadaan ditolak berlari tu mata silau dengan lampu-lampu hospital, dioperate dalam keadaan kecemasan tak sedar diri. Kalau terlambat, kami bakal kehilangan dia atau aku sendiri. Yup, mana mungkin kenangan itu dilupakan ;)

Dia dilahirkan pada waktu azan maghrib 7.47 malam, sedangkan aku masuk ke dalam OT pada pukul 5 petang dan aku hanya jumpa dia pada pukul 6 pagi keesokkan harinya kerana semalaman aku tak sedarkan diri. Dan, pada 6 pagi itulah pertama kali aku bergelar mama secara rasmi dengan menyusukan dia. Dia juga ketiduran semalam kerana kesan bius yang diberikan pada aku semasa dalam OT.

Buat kamu Syahmi Irsyad Suhaidi, awak anak yang baik. Sangat baik walaupun kamu suka menyakat adik-adik sampai bergaduh. Solat kamu tak perlu disuruh, mengaji kamu lebih lancar dari mama yang baru bermula semula. Doa mama semoga kamu terus membesar menjadi seperti ini, iaitu segala kewajipan tidak perlu disuruh dan dipaksa. Doa mama abah setiap hari adalah semua yang terbaik buat kamu dan adik-adik kamu. Semoga impian kamu menjadi seorang chef yang beriman dimakbulkan ALLAH SWT ;)

Ni hadiah yang dia minta aku belikan

Alhamdulillah rezeki dia, orang tu jual murah sangat kat kita orang mase Syahmi beria-ia nak buku nie. Selain dari tu ade hadiah yang aku tak dapat nak bagi kat dia..Dia nak adik lelaki ! Ha..ha..ha..yang ni tak dapek la Syahmi wey..

Selamat Hari Lahir yang ke-9 buat satu-satunya anak lelaki kami, Syahmi Irsyad Bin Suhaidi.


Saturday, June 25, 2016

Bila Dia TERlebih Rajin Lipat Kain !


Rajin sangat !!

1st sila abaikan view yang bersepah itu sebab aku baru pindah ke kuarters office awal puasa hari tu! Tak abis mengemas pun lagi.

Yang nak jadi cerita ni ha budak TERlebih rajin nie ! Aduiiii..janganlah kau start melipat kain depan dia memang dia kongker abis sampai kau pun tak boleh usik kain tu..huwarghhh..dah tu biler nyer nak boleh lipat kain?? Dia nak tido suruh kiter teman sebab nak tangan kiter, abis tu biler dia tido kiter pun confirm lah tido sama..ha..ha..ha..

Lepas dia dah buat kain dalam bentuk train ni dia akan biar je, pastu tak boleh usik pulak tuh ! Grrr..kalau usik dia jerit ! Grrrr...nak lipat kain pun nak kene bergaduh dengan anak. Kalau dulu bergaduh dengan abah anak je, sekarang bergaduh-gaduh dengan anak semata nak lipat kain..ha..ha..ha..

Thursday, June 23, 2016

Culture Blizz Malaysia Di Matic, Saloma Bistro


Nak borak panjang pun tak boleh. Nak BW apatah lagi. Stress mak hencik. Event ni semalam, aku cuma meramaikan majlis je. Event paling santai pernah kita orang pegi. Korang cuci mata je lah okey.

Matic -Saloma Bistro

Kalau ikutkan petang tu naik bas Hop On Hop Off tu dengan artis-artis Peaceyallfm, tapi apakan daya datang dah terlambat ! So memang kene tinggal laaaaaa..Dato AC Mizal buat edaran bubur lambuk disekitar KL. Kita lupakan yang tu.

Dato AC Mizal

Syuk SYJ

En.Mimpi

Kesayangan

Kalau ikutkan ade ramai lagi artis tapi takdelah aku pegi bergambar dengan semua ! Ade Shidi Ishak, ade Bella, ade Arja Lee, ade Zahid..ehh ramai la tapi aku bukan bangsa nak kejar artis untuk bergambar so kita orang cuma pandang je la sambil makan. Ha..ha..ha..

Perasmian Culture Blizz Malaysia dengan PeaceyallFM milik Dato AC Mizal. Later-later aku cerita lagi okey.

Tuesday, June 21, 2016

Cerita Ragam 3 SIS


Kalau korang perasan aku dah jarang BW sebab nyer kat office ni semua pun dah block..grrr..ntah hape hape ntah..waktu lunch time pun tak bagi masuk mana-mana web. Kedek gilerrr..ha..ha..ha..kalau sempat aku BW waktu malam itu pun waktu nyer terhad giler. 

Ye la mana nak layan si demok yang asyik mengekor jek. Hari ni saje santai nak cerita pasal anak-anak je lah. Later aku BW umah korang kalau ade masa tau. TQ sebab masih sudi singgah sini *rasebersalahgiler*

SI pertama

Alhamdulillah sihat abam ni tapi perangai mengusik adik adalah sangat menyakitkan kepala kadang-kadang. Duk cuit sana duit cuit sini, kalau dalam kereta bergaduh sesaja dengan Sufiya sebab penyakit dia suka mengusik dalam cara tak bersentuh. Korang paham tak? Ala contoh nyer macam nie.. Dia sajeeeee je pandang muka Sufiya pastu buat muka pelik ! Yang Sufiya akan jerit "jangan la pandang kakak !" pastu dia buat dekkkk jek..so annoying okeyy.. Ade je penyakit nak cari pasal dengan Sufiya.

Sekarang tengah busy belajar ukelele sebab dia harapan cikgu sekolah nak minta dana dari TM untuk tubuhkan band ukelele bercoral speaking. Mengaji dah separuh al-quran. Ustaz tak bertauliah nie..kadang rase tertamparrrr je dengan anak sendiri ! "Mama..kaki perempuan pun aurat kan?" Haah. "Abis kenapa mama tak pakai stokin?" T______T

Alhamdulillah, peperiksaan awal tahun ni dapat no.1 kat sekolah. Sekolah agama tak dapat keputusan lagi. Dah banyak paham dah waktu-waktu mama abah susah. Ade masa dia nak 1 benda dia dah tahu dia tak boleh dapat waktu tu jugak. Kadang sedih tengok dia membesar tak dapat apa kehendak dia tapi aku tahu itu semua pembelajaran dalam membesarkan anak, bukan semua kita boleh sediakan untuk anak. Yang penting ajar, didik bukan semua kita boleh dapat & kene bagitahu sekurang-kurangnya kita bukan sesusah orang lain.

Dan, aku bersyukur jugak jadi blogger ni sebab separuh job yang aku dapat semua untuk anak-anak. Secara tak langsung benda-benda ni dapat gembirakan dia orang tanpa perlu aku keluarkan duit. Ahh sudah..termasuk cerita sedih pulak !

SI kedua

Hah yang ni urut dada dulu la ! Dia punyer suka buat perangaiiiii sampai abah dia pun buntu okeh ! Nampak muka baik je tapi dia punyer buat perangai sampai kita orang pun tertanye kenapa la kakak jadi macam nie.

Huhuhu..bukan lah jahat tapi dia punyer malas dia punyer perangai tak nak dengar cakap orang dia punyer perangai tak nak buat kerja sekolah dia punyer perangai suka jerit dia punyer perangai suka bergendang dia punyer perangai tak nak angkat pinggan lepas makan dia punyer perangai tak nak sidai tuala dia punyer perangai tak nak solat dia punyer perangai tak nak tukar buku sekolah dia punyer perangai lambat-lambat mandi dia punyer perangai lambat-lambat bangun dari tilam dia punyer perangai lambat-lambat gosok gigi dia punyer perangai lambat-lambat pakai baju dia punyer perangai ya ampunnn semput nyawa nak sebut satu-satu ! 

Kalau nak tulis penuh entry ni kang ! Sampai semua benda dia tak nak buat semua benda dia saje lambat-lambat macam slooth tuh, dia punyer suka hati aku lah nak buat apa tu sampai aku ni selalu jadi tarzan dengan dia ! Kalau orang tengok aku dengan Sufiya macam mak tiri & anak tiri tau tak? Kadang terpikir aku ke mak jahat?? 

Eady yang sabar tu selalu pujuk-pujuk dia kalau nak buat 1 benda tapi biler tahap dah penat memang malas dah nak cakap..tak nak buat sudah lah kakak. Y____________Y kenapakah?? Kurang kasih sayang ke nie??

Kalau citer dengan abah aku senang je dia cakap "dulu adik macam nie la..sampai opah je boleh sabar dengan dik" huwaaaaaaaaaaaa..... ! Abah cakap "adik dulu lagi teruk, dari baby keje menangis 24 jam tak tau sebab punca apa..orang kata sawan tangis tu sampai takde sapa nak bela, opah je sanggup. Tu belum kira lagi lari dari tadika. Abah hantar tadika turun kete, abah jalan adik pun lari balik..last-last 6 tahun adik mana tadika pun. Keje makan aiskrim kat kedai atuk jek.." huwaaaaaaaaa.... Abah cakap "antara 3 anak, adik la susah bela sampai besar ! Ade je buat hal.." huwaaaaaaaaaaaa..begini susahkah bela anak?? Ha..ha..ha..padan muka aku ! Padanlah aku kurang kasih sayang dalam diri. Kakakaka...

Ntah la..sekarang aku masih lagi dalam keadaan berfikir macam mana aku nak handle Sufiya nie. Sedih tau sebab dia selalu kene marah dengan aku :( tapi dalam pada MALAS nyer Sufiya ni periksa no.2 kat sekolah. Huhuu..sekolah agama pun setakat ni aku tengok paper semua markah A. Hu..hu..hu..

SI ketiga

Alhamdulillah makin sihat budak ni lepas demam cirit birit muntah hari tu. Demam nak pandai nyanyi rupe nyerrrrrrrrrr ! Asyik la menyanyiii ntah ape-ape lagu..dari lagu awie ke call away ke jambatan goyang-goyang..ha..ha..ha...kita orang dari tak tahu lagu ape siap boleh hafal sama ! 

Makan jangan cakap la 11.30 malam pun minta nasi dengan telur dadar. Makan la bersungguh macam lapar 3 hari tak makan. Mulut becok nyer ya rabbi kalah masa abang kakak kecik dulu. Pot pet pot pet pot pet tak berhenti cakap. Pantang dengar orang ajan (azan) siap la kau dia akan tunggu pastu tak sabar baca doa lepas azan tu. Kau kene tadah tangan baca sama sampai abis semua doa dan amin sama-sama. Kalau tak dia akan marah kau. Ha..ha..ha..

Habit pelik dia ialah suka masukkan tangan dia dalam baju aku untuk dia pegang lengan aku. Lagi-lagi nak tido ! Habit pegang tangan tu tak kire mase, sampai abah dia selalu dengki pegang lengan aku tak bagi dia pegang pastu siap la dia jerit ! Ha..ha..ha..suka sangat cium siku aku lagi pelik ! Ha..ha..ha..ntah ape penyakit ntah. 

Masih lagi tido isap jari rock dia tu, bantal busuk cuma boleh share dengan aku jek, orang lain tak bleh sentuh..tapi dia paling takut dengan aku. Dia tau dengan aku tak bleh "makan" walaupun dia terbaring kat depan kedai aiskrim aku buat dek je aku jalan pastu laju je dia terkedek-kedek kejar aku sambil nangis-nangis. Biler aku cakap "mama tak sayang orang buat perangai !" laju lap air mata dengan hingus pakai baju, pastudatang peluk paha aku..yang aku seret je la kaki jalan buat dek..kekekeke..

Dengan abah boleh la "makan", masuk 7-Eleven keluar bawak air botol la air kotak la mamee la biskut tiger la abis dekat 20 hengget untuk dia sorang jek pastu bapak anak sengih je tunggu masa nak kene sound. Yang anak pandang je abah minta bantuan "diselamatkan" dari kene bebel dengan mama.

Ha..ha..ha..ragam anak bapak ! So korang nanti ade masa aku BW pakai hp tau ;)

Monday, June 20, 2016

EPHYRA SKIN SERIES : Ephyra Skin Snow Baby Baru Dari Produk Ephyra !

EPHYRA SKIN SERIES : Ephyra Skin Snow

Oleh kerana aku ni dah jatuh cinta tergolek-golek dengan semua produk Ephyra haruslah tak lepaskan peluang untuk mencuba produk baru keluaran Ephyra & Oceanlife2u nie. EPHYRA SKIN SNOW adalah baby baru, "adik" kepada Ephyra Skin Bar (pencuci muka), Ephyra Advanced Repair Serum (serum pembaiki muka) so complete set ni diberi nama : EPHYRA SKIN SERIES.

Setakat ni dah dekat 3 minggu aku pakai Ephyra Skin Snow yang lebih dikenali sebagai krim siang dan malam yang fungsi nyer adalah melembapkan muka kita. Kalau Ephyra Serum tu membaiki kulit muka, adik dia menjadikan kulit muka tu lembab sentiasa so takde dah masalah kulit kering kontang bak pandang pasir dah. Hu..hu..hu..tapi memang betul pun, muka aku dah tak kering langsung sekarang ni  !

Kalau entry lepas aku ceritakan fungsi & kebaikan Ephyra Serum, sekarang aku nak cerita fungsi dan kebaikan Ephyra Skin Snow pulak. Almaklum benda baik, produk bagus kene la share kat korang. Takkan aku je nak cantik sensorang kan..ahaks~ Manalah tau kan korang pun ade masalah macam aku, masalah kulit kering yang kering tahap dewa punyer kering sampai tahap kadang lepas cuci kulit bersisik terkopek-kopek..apa masalah kulit aku ntah, jerawat tu takde tapi jenis tak cukup air ke hape ntah.

Jadi aku memang perlukan produk yang boleh tolong kulit aku ni dari luar, yang dari dalam aku makan Ephyra Inteemor dan minum air kolagen Ephyra. Hah nampak? Semua produk Ephyra aku tibai ! Jatuh cinta la kata kan (sebenar nyer lebih kepada percaya sangat dengan produk keluaran Ephyra nie) Okey fine..panjang plak penerangan nyer pun !

EPHYRA SKIN SERIES -semudah 1,2,3

Okey lah jom aku ceritakan 1 per satu fungsi dan kebaikan EPHYRA SKIN SERIES ni, harap korang baca kesemua nyer perlahan-lahan sebab entry ni akan jadi entry yang terpanjang ! Okey nak cantik kene la susah dan sakit kan? Hahahaha..tapi ni tak sakit pun korang, ni takat kene baca je pun~ SILA PASTIKAN ANDA BACA okey, arahan nie. Hihihi..

Ephyra Skin Bar

EPHYRA SKIN BAR, pencuci muka yang diformulasikan 100% dengan bahan semulajadi dan takde bahan kimia langsung. Ephyra Skin Bar ni antara "top produk" dalam jenama Ephyra.

Kelebihan Ephyra Skin Bar nie :
  • Merawat jerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam.
Okey jujur cakap, ikhlas bagitau muka aku hanya boleh pakai seminggu 3 kali je skin bar ni. Kalau pakai hari-hari muka aku bertambah kering giler. Aku sekadar pakai seminggu 3 kali hanya untuk menghilangkan jeragat & blackhead yang teruk nie je.

Alhamdulillah jeragat aku dah banyak hilang ! Betul weh tak tipu, muka aku penuh jeragat (wrinkles) tu tapi sejak dah kurang ni Eady pun dah terjebak pakai sekali..ha..ha..ha..dulu dia tak percaya, lepas dia sendiri terperasan yang kat pipi kiri kanan aku ni dah tak banyak jeragat macam dulu baru la sibuk nak pakai skin bar aku tu.

EPHYRA SKIN BAR ni sangat sesuai giler untuk orang kulit berminyak  kot ! Serius tak tipu sebab kakak aku dah pakai sejak tergoda dengan entry aku yang lepas..kekekeke..pengaruh adik sangat nie. Dia cakap muka dia berminyak dan jerawat besar-besar tapi sejak pakai Ephyra Skin Bar ni jerawat dia cepat je kecut ! Jerawat pun macam segan nak singgah muka. Dia cakap lepas ni nak pakai serum plak sebab nak hilangkan parut jerawat. See..ramai orang dah percaya dengan produk Ephyra nie. Kakak sepupu aku pun dah tergoda. Korang biler lagi?

Korang cuba dulu okey, kalau kulit kering macam aku mungkin korang boleh try selang sehari dulu. Muka kiter, kiter je tau kan jenis yang macam mana.

Selebih hari tu aku pakai kat badan je untuk hilangkan jerawat kat belakang badan. Muka takde jerawat, belakang pulak ade jerawat khenn? Alhamdulillah..nampak kurang jugak la jerawat belakang badan lepas guna Ephyra Skin Bar nie, jangan tak percaya boleh pakai keseluruhan badan tau.

PALING BEST - kalau badan ade bau atau tiak ade bau keti boleh pakai Ephyra Skin Bar nie! Ternyata mengawal pengeluaran peluh kat area keti okey..bau badan pun hilang kalau rajin pakai kat badan.

Pesanan : lepas cuci muka, jangan gosok atau lap muka laju-laju atau kuat-kuat..just tap-tapkan tuala muka tu perlahan-lahan sebab kulit muka akan rosak cepat kalu korang gosok atau tenyeh muka kuat-kuat. Lepas cuci muka kan, muka kita tengah "terbuka" so jangan la rosakkan lagi dia :) Kat video dibawah aku ade share cara-cara cuci & lap tu tau ! Jangan lupa tengok.

Ephyra Advanced Repair Serum

Ala yang ni nak ceritakan lagi ke?? Mungkin ada antara korang dah tau kot pasal Ephyra Serum nie sebab aku penah buat entry pasal nie kan, tapi takpelah alang-alang dah buat entry ni meh la nak ceritakan sekali lagi ;) mana tau kan ade pembaca baru ke? Ehh..haiii awak~

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology), serum untuk kulit yang sangat berkuasa dan dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri.

Oh ye Nano Technology tu adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum tak melekit, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit untuk membaiki struktur kulit dari luar sehingga ke lapisan kulit paling dalam.

Fungsi dan kebaikan EPHYRA ADVANCED REPAIR SERUM :
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn
Macam entry lepas yang aku bagi tau, serum ni macam magic ! Korang pakai sikit je tap-tap kan kat muka (lagi-lagi part bermasalah) cepat je serum ni hilang dalam muka macam korang tak pakai ape ! Aku ni dulu mase mula-mula pakai macam tak percaya dah pakai..sapu sikit-sikit pastu ehh macam tak pakai jek pastu tap-tap kan lagi..pastu ehhh kenapa muka macam ade benda tapi rase takde..ehh korang paham tak nie? Ha..ha..ha..

Lama-lama dah biase pakai, just tap-tap kan dot-dot kat muka sapu keseluruh muka ade je la serum tu kat kulit. ;) Aku pakai serum ni sebab yang aku merahkan tu jek, yang lain aku tak peduli..hu..hu..hu..jeragat aku ni degil nak mati dari dulu. Sekarang nyah kau dari muka aku ! Nak tengok muka aku dulu sebelum dan selepas pakai serum tu boleh terjah ENTRY NI, dan sila percaya itulah muka aku okey. Sumpah jadi lain !

Kulit muka aku jadi cantik sangat sebab serum ni ade Vitamin E dan Vitamin C juga Glutathion. Nampak ? Tak payah nak cucuk-cucuk vitamin C kat muka korangggg, just tap-tap kan sapu jek siang & malam.

Kalau entry dulu aku tak sentuh bab tona tak sekata, sebab aku tak perasan sangat pasal tu..cuma tersedar biler Eady tegur dah takde belak pada muka. Tau berbelak tu ape? Buka je tudung ade 2 warna kat muka. Yang bertudung putih, muka confirm lah gelap sikit sebab aku kan jalan setiap tengahari amik anak balik sekolah.

Sekarang belak tu takde langsung ! Punyer tak sedar sebab sibuk fokus bab jeragat, wrinkles & "kawah" kat muka nie. Tu belum kire duk fokus nak hilangkan blackhead whitehead tu..

Ephyra Skin Snow baby baru dari Ephyra !

EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White), pelembap muka berteknologi Geno White yang digunakan selepas menggunakan Ephyra Serum. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, juga sesuai untuk lelaki.

Tiada paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri malahan pelembab ini tak melekit, tidak bermiyak dan sangat mudah meresap. Natural arbutin dari Berry, Vitamin C, Vitamin E (esktrak dari buah) bagus untuk perlindungan kulit dari UV dan membaiki kulit rosak. Mampu melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dari sebarang parut.

Dengan 8 fungsi okey.

Nah ada 8 fungsi kebaikan Ephyra Skin Snow :
  • Melembapkan dan mengekalkan wajah
  • Mencerahkan seawal 9-14 hari
  • Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
  • Menambah agen perlindungan kulit (sebagai UV protection)
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang jadi punca jerawat
  • Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
  • Menambahkan keserian kepada wajah bagi mengekalkan muda & bersih
Korang mesti tertanyakan ape tuh Geno White? Aku pun baru tau so meh aku sharekan sekali. Geno White adalah teknologi "SMART PEPTIDE" yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit dari sinaran UV, tetapi kalau terlalu banyak melanin aktif akan menyebabkan kulit berjeragat, bintik hitam dan paling serius adalah kanser kulit !

Faktor melanin adalah dari : umur, sinar matahari, hormon tak stabil, ubatan. Hmm..baru tau kenapa aku banyak jeragat dan bintik hitam ! Terlebih melanin rupe nyer. Bagus jugak Ephyra Skin Snow nie kan ? Aku ni duk tibai pakai jek takde la amik kisah fungsi dia untuk ape. Yang aku tau asal kulit aku dah jadi cantik, dah jadi elok dah cukup dah. Hu..hu..hu..sekarang aku amik serius bab jaga kulit muka nie, almaklum faktor umur makin meningkat lagi susah nak baik kalau tak kawal dari sekarang.

Krim ni paling BEST sebab tak melekit langsung ! Menyerap terus ke muka. Biase kalo kita pakai krim siang malam ni muka mesti berminyak lagi-lagi kalau dah masuk ke tengahari tuh. Tapi dengan krim ni sampai malam tak berminyak ! Sampai malam kalau korang tak cuci muka sebab cuti solat la. Best best best *tumbsup*

Petua : kalau nak muka korang lagi best setiap kali bangun tido, sila pakai Ephyra Serum & Ephyra Snow ni sebelum tido ! Bangun pagi korang akan rasa muka tu lembut lembab, rase best jek muka.

Okey sekarang jom aku sharekan cara pakai dia. Gigih tiru duta Ephyra ! Ahaks..feeling Memey sangat..ha..ha..ha..

Klik gambar untuk tumbesaran ;)

Kalau korang perasan kat gambar aku ade bekas serum kecik dan bekas bulat kecik kat sebelah Ephyra Skin Snow tu kan? Ha..aku kene masukkan sikit untuk aku bawak jalan ! Ye la kalau solat kat luar, lagi-lagi kalau ade event kat luar takkan nak bawak semua tu kan? Berat la nanti handbeg, lagipun botol serum tu kaca sayang nyer kalau jatuh dan pecah..hu..hu..hu..

Nak tak nak terpaksa transfer masuk ke dalam bekas plastik kecik. Kalau Ephyra atau Oceanlife2u ada jual Ephyra Skin Series ni dalam bentuk dan bekas comel-comel kan best? Senang nak bawak merata. 

Fokus pada muka je tau !

18.06.2016 waktu OT aku tak make-up

Sorry, aku paling suka amik gambar pakai telekung sebab mase ni je muka jadi bersih giler. Bawah mata hitam tu memang tak boleh nak kawal mase bulan puasa nie..ha..ha..ha..tido lambat bangun awal nak masak pulak. Siang takde peluang nak take-nap so redho je lah korang tengok muka polos aku tuh. Nak edit pun aku malas. Hu..hu..hu...

Dan mungkin korang tak nampak sangat perbezaan nyer kan? Nah aku tepekkan sekali lagi muka aku dari awal aku pakai Ephyra Skin Series nie, jadi sila percaya tau.

06.06.2016 
Adalah gambar terbaru berkat pakai Ephyra Skin Snow selama 3 minggu.

Okey apa yang aku nak sampaikan kat sini, kalau korang tak pakai make up pun muka dah bersih, licin giler tu tak lagi la tapi lebih kepada lembap-lembap ala-ala cheese cake yang baru lepas masak tu ! Lembut-lembut gebu gituh~ Rase nak tekan-tekan pipi sendiri..ha..ha..ha..ini betul tau walaupun gelak.

Kadang pegang pipi sendiri, pegang hidung sendiri sebab lembap-lembap sejuk licin gebu arhhh canne nak cakap feel dia?? Ala-ala gigitan pertama kek sedap baru lepas keluar oven tuh. Gigitan yang sampai terpejam-pejam mata tu..hihihii..hah..itu la perasaan aku, tak tau la perasaan korang macam mana. Feel dia best sangat.

Dah jadi Ephyra Lovers sekarang nie.

Nah sekarang aku tengah rajin kan, so aku upload sekali video bergambar & video cara-cara penggunaan EPHYRA SKIN SERIES nie ;) so sila abaikan suara aku yang nerves giler tu..almaklum 1st time nak bervideo..ha..ha..ha..

Cara-cara menggunakan EPHYRA SKIN SERIES

Video bergambar


Harga EPHYRA SKIN SERIES hanya :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS) - ini adalah harga set. 
Sekiranya beli secara loose, harga adalah berbeza tau.

Ephyra Skin Bar : RM 39 (SM) dan RM45 (SS)
Ephyra Skin Nano : RM68 (SM) dan RM 72 (SM)
Ephyra Skin Snow : RM 48 (SM) dan RM 52 (SM)

So better beli set lagi jimat ! Ohye, sebelum aku terlupa..ada peringatan penting nak bagi tau korang. Kalau korang beli produk Ephyra ni make sure yang original tau barulah boleh dapat kesan yang lebih berkesan.

Klik gambar untuk lebih jelas.

Maklumat lebih lanjut :

IG : @ephyra2u
Website : sedang dikemaskini.

Tak sabar nak tunggu produk lain dari Ephyra & Oceanlife2u ni, mana tahu lepas ni ade BB Cream atau CC Cream ke..so korang jangan lupa untuk cantik bersama Ephyra tau ! :)


Friday, June 17, 2016

Tak Boleh Tak Share Benda Ni !


Sekarang hobi dia menyanyi je..tak kira la pukul berapa tak kira la dia tengah buat apa tapi mulut tu nyanyiiiiii je ! Baca doa makan dan lepas azan tu dia no.1 gak pastu pakse semua orang ikut bacaan dia yang dia sorang je paham..kekekek..mulut kumat kamit tapi suruh orang amin kan dah canne??

Jambatan goyang-goyangggg !

Dia punyer nyanyiii..dari kita orang tak tahu apa dia nyanyi sampai ternyanyi sekali ! Ha..ha..ha..stress betul okehhh..kejap lagi kang nyanyi lagu Awie la, lagu Call Away la..mana dan dia jek. Mulut tu nak kene cubit sangat !





Wednesday, June 15, 2016

Pretz n Benz Bangsar | Dengan RM38 Boleh Makan Apa Saja !

Pretz n Benz Bangsar

Sabtu lepas berjimba di The Parenthood Playland tu kami terus ke Pretz n' Benz, yang mana memula aku salah cawangan ! Dalam e-mail cakap kat Bangsar aku boleh cakap kat Eady pegi cawangan Solaris Dutamas..huhuuu..nasib baik la suami tu baik nak mati..jam dah pukul 6.50 petang okey nak lari ke Bangsar ! Bertabah la haku..sebab dah bersalah kan. Tak kene marah pun dengan Eady..hu..hu..hu..

Sampai sana ngam 7.10 malam itu pun sepanjang jalan doa dalam hati..Ya Allah jangan lah jem..Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan kami tapi ko tau la kan Bangsar dengan nak cari parking lagi ! Last-last Eady cari alternatif parking kat dalam Bangsar Village pastu jalan sikit sambil dukung dik mok sambil azan berkumandang.. Next time kalau korang nak ke sini sila parking dalam Bangsar Village je jimat mase cari parking.

Pretz n' Benz Bangsar

So here we are ! Sempat amik gambar kat luar sebab belum gelap. 1st time nak makan kat sini. Hati tu teruja giler. Tak sabar pun ye. 

1st Pretzel Pizza In Malaysia

Bertambah teruja nak cuba ! 1st kot.

Deco dalam

Masuk-masuk disambut dengan kaunter kek ! Fuhhh..sapa tak teruja dengan kek? Semua pun nampak menarik ! Tapi akhir nyer ini yang aku lupa makan..he..he..he..takpe next time kiter datang lagi. Lagipun ada promo JOM BUKA PUASA kan.

Menu

Menu book dia klasik sangat buka ke atas.

Hot Chocolate Cookie Latte & Hot Caffe Latte

Aku sebagai hantu coffee takkan lepaskan peluang untuk order coffee kalau masuk cafe-cafe nie. Hot chocolate tu untuk Sufiya sebenar nyer. Sedap, lemak, berkrim.

Hot Chocolate Cookie Latte : RM 16.20
Hot Caffe Latte : RM 12.85

Filled Pretzel : Jumbo Chicken Hot Dog RM 12.70

1st Pretzel Pizza

Pepperoni Beef Pizza : RM 25.55 (10 inch)

Lembut, sedap dan pizza ni Sufiya makan sampai 4 slice ! Kita orang terperanjat giler. Sapa-sapa yang kenal Sufiya memang cerewet bab makan ni ! Kalau tak kene tekak dia sanggup tak makan okey, tapi pizza ni dia makan 4 slice sekali harung. Fuuhh..

Smoked Salmon Aglio Oglio Spaghetti

Smoked Salmon Aglio Oglio Spaghetti : RM 29.05

Yang ni SUMPAH SEDAP giler-giler-giler punyer sedappppp ! Ini paling disukai oleh Syakirah & Syahmi ! Licinnnnn sampai kene order lagi ! SEDAP SANGAT, sampai ke harini Syahmi duk sebut pasal spaghetti nie. Siap mintak repeat. Tengok la birthday dia nanti ke. Korang kalau ke sana jangan lupa order ni tau !

Omelette Cheese

Telur dan cheese? Cheese mana tak pernah tak sedap..kekeke..aku suka nie ! Dalam tu telur dia cair cair pastu ade cheese leleh..dap nyerrrrrrrrrrr~

Omelette Cheese RM 18.55

Prawn Aglio Oglio Spaghetti 

Yang ni kureng sikit, tak tau la mungkin sebab udang tu half cook kot kita orang tak biase makan, tapi licin jugak. Hi..hi..hi..

Prawn Aglio Oglio Spaghetti : RM 31.35

Fish & Ship

Yang ni kami tak berapa gemar ! Ikan Dory tu mungkin kita orang tak pernah makan ! Rase ikan tu macam masam-masam..macam pelik. Hu..hu..hu..last-last cicahkan dengan sos & mayonis licin. Ye la jangan membazirkan ;)

Fish & Ship : RM 23.20

Passion Mint Sparkling Soda & Chocolate Milkshake

Air tak pernah tak sedap ! Kita orang berapa kali order air ni..hehehe..lemak lemak krim.

Passion Mint Sparkling Soda : RM 11.55
Chocolate Milkshake : RM 17.35

Original, Cheese & Chocolate Pretzel

Yang ni wajib la order ! Dah nama nyer Pretz n' Benz harus lah makan pretzel dia orang.
Lembut sedp lagi-lagi yang coklat tu ! Habis aku makan dengan Sufiya. Yang original Eady makan dengan Syakirah.

Original Pretzel : RM 5.70 , 
Cheese Pretzel : RM 8.05
Chocolate Pretzel : RM 9.20

Anak-anak terbahagia !

Semua yang kita orang order adalah berdasarkan suggestion staff or manager kat situ. Alhamdulillah semua sedap kecuali ikan dory..kekekek...almaklum tekak biase makan ikan kembung. LOL~ sayang nyer kita orang tak sempat maakn pencuci mulut. Sobs ! sebab dah kenyang sangat, Eady nak order nak bawak balik tapi aku cakap tak nak la nanti takde siapa makan. Lain feel dia makan kat situ dan kat rumah.

Menarik kan semua menu? Mahal? Memang la setanding dengan kualiti, nama & lokasi la ;) tapi sekarang korang jangan risau ! Pretz n' Benz ade buat promo JOM BUKA PUASA dengan harga RM38 korang boleh order apa saja. Pakej promo datang dengan air percuma boleh refill sebanyak mana korang nak dan..ha ade dan lagi..korang akan dapat kek khas percuma ! Murah kan korang ?? Murah giler okey~ Aku nak repeat bawak anak-anak. Tak percaya sila compare dengan harga kat atas tuh !

JOM BUKA PUASA ada syarat : tak boleh take away, dan yang lebih penting kene habiskan apa yang korang order kalau tak kene denda bayar RM5 untuk setiap 100 gram yang korang tak habiskan tu untuk elakkan pembaziran dan ketamakkan order.

Menu special untuk ramadhan untuk orang yang kaki nasi, ade Green Curry, Asam Pedas Ikan & Mutton Beriani. Disebabkan bulan puasa ni aku kureng skit nasi so memang tak orderlah menu ni walaupun disuggestkan. Lagipun tak nak kenyang sangat.

JOM BUKA PUASA

Pretz n' Beanz Cafe, Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
03-22019026

Email : pretznbeanz@pretznbeanz.com

Buka : Isnin-Jumaat (6 petang - 9 malam), tak available untuk weekend atau public holiday ok. Selamat menjamu selera !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang