thumbnail

Tuesday, February 28, 2017

Eeeee...HANTU!!


Hantu lah sangat!

Dia suka tau serabaikan rambut dia tu bawak ke depan pastu cakap " eee..mama..hantuuuu...hantuuuu..amik mama!" Allah dikkk..kalau comel macam ni la hantu tak sempat mama nak serammmm..laju-laju je mama tangkap peluk kuat-kuat ! He..he..he..

Friday, February 24, 2017

Takut Nyer!!


Korang tahu tak ketakutan bila mak abah kau marah sebab cucu dia jatuh?? Kekekeke..rase nak sorok cucu dia sampai baik, sampai hilang lebammmm tuh~

Nampak sikit je kan tapi benjol besar sebenar nyer!

Cerita nyer kelmarin dia lari dalam rumah pastu tersliding ke beranda lalu terkena besi penghadang beranda! Berdentum kuat sampai kita orang dalam bilik semua terkejut! Semua dalam bilik sebab tengah buat kerja sekolah. Budak ni tak nangis tau tapi bila abah dia datang belai-belai belek-belek terus la drama minah ni..meraung-raung macam sakit sangat..ha..ha..ha...

2 hari call mak tok tak pakai video call..ha..ha..ha..mama takut kene marah!! Tapi semalam cerita terus mak tok bebel mak tok minta gambar nasib baik ade gambar molek sikit tak nampak teruk. Ha..ha..ha..pastu kene bebel pastu paksu dia pulak wasap bebel..ha..ha..ha..pakej kene bebel okeh!


Gelakkan mama ke tuuu..??

Takut nyerrr esok sabtu mak tok suruh datang rumah! Ha..ha..ha..malam ni nak kene tuam lagi. Hu..hu..hu..kang kene marah lagiiii...takut nyer!! Cucu kesayangan niiiiii...

Wednesday, February 22, 2017

#JomSambungBelajar di Karnival Pendidikan Mara 2017

(KPM) KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2017

#jomsambungbelajar

Buat julung kalinya aku nak sharekan benda ni. Almaklum selama ni tak ambil endah pun bab-bab ni tapi disebabkan aku ade adik lelaki dan ade jugak sepupu yang baru habis belajar jadi tak salah rasanya nak share benda baik ni. Kadang orang tak tahu pun pasal Karnival Pendidikan MARA (KPM) sedangkan karnival ni dilaung-laungkan setiap tahun. Karnival Pendidikan MARA (KPM) lah paling mudah sebab semua IPMa, IPTA & IPTS duduk di bawah satu bumbung sepanjang karnival berlangsung. Senang nak buat pilihan orang kata.

So, kalau korang nak tahu lebih kurang 3 hari lagi Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) akan bermula! Tempat pertama sebagai pembuka karnival akan diadakan di Kangar, Perlis pada 25-26 Februari 2017 ini, seterusnya akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi memberi peluang semua anak muda memilih tempat dan juga kursus belajar! Mak ayah pun boleh datang sama dengan anak-anak untuk memeriahkan Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) ini.

RALAT : Perubahan tarikh KPM 2017 bagi lokasi KELANTAN adalah pada 4 - 5 Mac 2017 dan KUALA LUMPUR adalah pada 7 - 8 Mac 2017.

Perkongsian yang baik untuk pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma yang masih buntu untuk memilih atau membuat keputusan ke mana hala tuju selepas tamat belajar diperingkat masing-masing : 

& Peluang pendidikan di IPMa, IPTA & IPTS
& Yuran PERCUMA di IPMa terpilih
& Kaunseling pendidikan & kerjaya
& Permohonan terus & temuduga terbuka
& (selain dari itu) semakan baki tunggakan pinjaman MARA juga boleh dibuat disana.

Sedikit infoKPM mula diperkenalkan pada tahun 2000 sempena Sambutan 50 Tahun RIDA - MARA sebagai platform pemasaran bagi menyalurkan maklumat peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tajaan MARA dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 

Di Karnival Pendidikan MARA 2017 (KPM) juga terdapat banyak aktiviti menarik antaranya :  

& Pertandingan Kereta Tamiya
& Food Truck
& Best Photo Group@Photo Booth
& Simulasi Kemahiran
& Usahawan Kemahiran
& Cabutan Bertuah
& Bengkel Wartawan Kadet
& Penebusan Hadiah Utusan/Mingguan

Almaklum kita tak nak juga karnival ni so serius sampai boring pulak orang nak datang..ha..ha..ha..yo lah yang nak datang nyer 1 keluarga kalau dah abang kakak nyer sibuk cari kursus nak sambung belajar yang adik nak buat ape? Takkan nak meragam ye dak sebab tu korang kene datang Karnival Pendidikan MARA 2017 sebab ia nyer adalah sangat meriah setiap tahun!



Nampak tak kemeriahan nyer?? Ramai..setiap tahun ramai tapi ada jugak yang tak tahu! Bila dah habis karnival nanti orang akan cakap laaa tak tahu pun ade KARNIVAL PENDIDIKAN MARA! Kalau dapat pegi senang sikit nak pilih sebab kat satu kawasan je..jalan-jalan penat rehat duduk dulu pastu sambung pilih kolej dan kursus then boleh terus decide dan hantar semua permohonan! Senang dan mudahhhhh sangat nak mohon sambung belajar di Karnival Pendidikan MARA ni! Yang penting datang bawak semua dokumen complete siap-siap, yang mana perlu disahkan benar tu readykan semua. Fotostat semua dokumen banyak-banyak, sahkan benar dulu then get ready pen tinggal pegi Karnival Pendidikan MARA pusing-pusing pilih decide dengan parent then isi borang terus.

Karnival Pendidikan MARA 2017 ini akan berlangsung pada jam 10 pagi hingga 6 petang di semua lokasi. Untuk lebih lanjut boleh terjah ke :


Boleh share entry ni, boleh war-warkan pada adik-beradik saudara-saudari juga kawan-kawan yang mana tengah mencari tempat nak sambung belajar! Kiranya KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2017 ni wajib diterjah dan wajib di masukkan dalam kalendar korang tauu.. sapa nak bagi datang karnival menang cabutan bertuah? Rezeki kita sapa tahu kannnn..sambil-sambil tu boleh layan Food Truck..perghh..best okey keluaran usahawan MARA sendiri ;) so apa lagi jom beramai-ramai!

#jomsambungbelajar #KarnivalPendidikanMara2017 #KPM #KPM2017 #MARA #MajlisAmanahRakyat #menjunjungamanahrakyat #sharingiscaring #sharingisloving

Monday, February 20, 2017

Malas Nak Cakap Apa!


Hati tengah gundah gulana, korang doakan moga urusan aku dipermudahkan ye. 2-3 malam tak tidur lena disebabkan hal nie :( Harap hari ni ade sinar yang baik. Aamiin~



Macam ni la pemandangan hari sabtu ahad kat rumah aku kalau aku tak OT. Tu..tu ketua dia! Tukang kemas sapa lagi yang lagi 2 orang tu la. Sabtu ahad memang aku bagi kebebasan kat dia orang nak main ape pun dalam rumah yang penting lepas habis waktu SILA KEMAS SEMULA kalau tak dia orang tahu apa mama akan buat! He..he..he..sekali dah kene terus serik dia orang. 

Huh apa aku buat? Aku amik plastik hitam bungkus humban je semua yang tak dikemas. Sejak tu termasuk yang ketua dia dah tahu kalau mama cakap kemas memang lajuuuuuu je masing-masing kaut mainan masuk dalam bekas dia balik ;) Almaklum mak dia orang rimau macam ni lah..

Ketua dah terpengsan

Budak sihat ni hari ni meragam lagi..malam tadi dia tidur tak lena mungkin sebab panas kot..gelisah jek pusing sana pusing sini..dekat pukul 4 baru nak lena, dengan aku sekali la sebab aku je kene tunggu dia. Harap malam ni tak sepanas semalam.

Cakap pasal "panas", panas juga la pasal kes yang atas sekali aku cakap tu tapi takpelah bak kata Eady "takpe B ni dugaan kita, kita redho je dan doa banyak-banyak moga dipermudahkan urusan kita, moga lulus loan umah kita tu" Korang doakan boleh? Moga loan rumah aku diluluskan hari ni, lulus dengan jumlah penuh. Aamin! Oh ye pasal ni la aku susah hati sebenar nyer.

Friday, February 17, 2017

Sanah Helwah Kesayangan!



Sanah Helwah Kesayangan dunia akhirat ku! Takde doa lain selain yang baik-baik aje. Sama seperti doa aku setiap hari setiap masa supaya dia, aku, anak-anak, kami sekeluarga dan semua dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik selalu & dimurahkan rezeki sentiasa. Doa ni memang aku mohon setiap hari.

Suami terbaek!

Tahun ni last dia sambut birthday dalam angka 3 hehe..tahun depan dah enter ke no.4 uolls~ Baru nak matang kata dia ..kofkofkof.. doa aku biarlah dia dimurahkan rezeki, diberi sedikit kesenangan hidup. Perit aku tengok perjalanan hidup dia..hu..hu..hu..sedih pulak dah. Moga 2017 ni dapat beri sedikit "nafas" pada dia, moga aku dan dia terus tua bersama-sama sebab aku tak puas lagi buat dia annoying dengan perangai aku yang ntah hape hape ni..kekekeke~ sabar je dia tauuuu..

Moga aku dan dia dapat melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran, dalam kerjaya dan dalam kehidupan. Moga kami sekeluarga berada dalam iman dan agama yang cukup untuk bekalan ke "sana". Harapan moga baik-baik aje lah semua ;) i lebiu suami terbaek~

Thursday, February 16, 2017

Betul Cakap Kak Zakie!


Komen dari Kak Zakie Purvit

Ye kak betul sangat cakap akak nie! Saya dah cuba dan dah berjaya pun buat dia tak nangis bila bangun pagi! Dah 2 hari ni tak mengamuk pun! Boleh mandi sambil nyanyi-nyanyi tapi muncul masalah lain pada saya..huwaaaa...eh pada yang tak tahu pasal ape ni boleh rujuk entry kelmarin. 

Kak Zakie, saya dah cuba hadam komen akak dan ye saya akui Syakirah mengamuk sebab disuruh bangun seawal pagi, mengamuk tak puas tido sedangkan dia baru 3 tahun. Dah la bangun pagi pastu kene mandi pulak :( tapi apa boleh buat ini adalah rutin orang hidup di bandar semua nak kene kejar huhuhuuu...taska sekolah dia orang semua kat office jadi semua terpaksa berangkut sekali dari dia orang baby.

Dan kami dah ambil pendekatan lain, kami pujuk dia tidur awal (biasa tidur pukul 10 malam) jadi 2 hari ni kami ajak tidur pukul 9 malam. Alhamdulillah bangun pagi sambil golek-golek dan TERPAKSA ber-sweet time pulak dengan dia borak-borak sementara nak amik mood dia bangun mandi! Padahal dalam hati ni dah stress ni mata tak lepas tengok jam..ha..ha..ha..KL kan lambat je keluar walaupun 5 minit jem dia amik kauuu setengah jam baru lepas.

Dan, jadi masalah besar kami ialah bila nak tidurkan dia semua orang kene baring sama! Layan borak pastu tidur..masalah nyer KAMI PUN TERTIDUR SAMA!! Ha..ha..ha..abis kain baju dalam washing machine tu sapa nak sidai? Kain yang nak dilipat sapa nak buat? Pinggan mangkuk kat dapur sapa nak kemas lepas kering..huwaa..stress nyer sedar-sedar pukul 5 pagi! Ha..ha..ha..dah 2 malam ni acanne kerja rumah laiiinnn..huwaaa...

Biasa Eady la akan tersedar pukul 12 malam, so dia lah sidai kain sebab tak nak kain bau kepam, cuma melipat memang kadang terbiar menimbun..huhuuu...satu masalah besar dah selesai, masalah kecik tu nanti kita fikir lain ;)

Lepas mandi mesti nak kene makan dulu!

Kene sabar banyak heh dengan budak manja lain macam nie. Lain sikit perangai dia sebab dia tau dia last! Grrrr~ Al-fatihah pun dah pandai baca walaupun tunggang langgang, alif ba ta pun dah laju, nama-nama nabi pun dah siap nyanyi-nyanyi. Alhamdulillah overall sihat budak ni ;)

Tuesday, February 14, 2017

Penat Nyerr..Tahap Nangis Sama!



Pesalah UTAMA!

Sejak 2 menjak ni setiap pagi aku akan penat lain macam kadang sampai rasa nak naik darah tinggi pulak dah! Bayangkan nak uruskan dia ni je sorang setengah jam padahal aku ni kejar waktu nak punch n kejar waktu nak hantar Sufiya ke sekolah. Aku masuk pukul 7.30 pagi, sekolah Sufiya masuk pukul 7.20 pagi, Syahmi masuk 7.30 pagi. Biasa aku akan punch dulu baru hantar Syahmi Sufiya last baru hantar dia jadi aku MESTI KELUAR RUMAH paling lewat pun 6.50 pagi tapi yang jadi masalah dia ni 6.30 pun tak bergerak lagi.

Berhempas pulas atas katil hempas kaki tak nak bangun tidur tak nak pegi bilik air tak nak kencing tak nak gosok gigi tak nak mandi tak nak pakai baju tak nak jalan semua tak nakkkk..aku dulu mengamuk la jugak tapi sekarang aku diam je cuma aku tinggalkan jek! Kelam kabut meraung-raung la budak ni tapi aku dah penat. Seriusss...Eady memang tak boleh handle dia ni pagi-pagi sebab dia memang tak takut Eady jadi setiap pagi aku akan berpeluh, penat, semput, panas, lelah semua ada.. T___________________T pujuk pun tak jalan nieh..huwaaa..pagi tadi aku punyer penat sampai nangis sama lahhhhh..sobs~sobs~ penat nyer..

Macam mana eh nak buat? Sebab Syahmi Sufiya memang tak macam ni dulu, yang ni aku tak tahu kenapa. Terlebih manja ke? Tidur dah awal..sayang dah extra Y_______Y 

Muka baik kemain tapi perangai...urut dada mama :(

Nanti dah masuk dalam kereta aku mula bebel..dah mama tak nak sayang dah..tak nak janji (setiap malam memang dia akan janji dengan jari kelingking kecik dia tu) esok bangun tak nak nangis tak nak meragam..siap cakap "janji..bangun kencing, gosok gigi, mandi, pakai baju, pakai selipar, turun tangga, masuk kereta" setiap malam okeyyyy! Tapi esok pagi jeee siap lahhhh perangaiiiiii T______T

Siap ugut tak nak sayang dah tak nak peluk tak nak cium hidung tak nak dukung tak nak sayangggg dah tak nak sembang..tapi karang dalam kereta elok je dia meleser peluk-peluk leher cium-cium hidung pipi aku..aku keraskan jek badan, pastu masuk office aku pulak rindu giler kat dia! Huwaaa...siap whatsapp ibu dia adik ok ke adik nangis ke..karang ibu dia pun melayan je aku siap hantar gambar..sobs~sobs~ mak pun sama la heh..

Monday, February 13, 2017

Rezeki Dari ALLAH SWT.


Fossil Handbeg straight from Japan

Hasil dari duit blog sebenar nyer. Pada mulanya aku rasa macam nak pakai sendiri, last-last aku decide bagi kat kakak aku lah! Ye lah dah lama aku tak bagi dia apa-apa, birthday dia pun aku takde bagi apa so aku rasa apa salah nyer aku bagi benda mahal sekali pada dia. Alhamdulillah dia suka ;) Handbeg ni harga kat sini RM700 lebih kalau tak silap aku tapi direct dari Japan dalam RM500 je cuma kene tunggu sebulan lah. Lepas ni nak dapatkan untuk Eady & adik lelaki aku pulak.

Rezeki lain straight dari Aussie & juga direct dari penulis novel itu sendiri!

Yang ni pada mulanya aku kirim perfume Midnight Fantasy tu kat kawan aku yang bekerja sambil bercuti kat Aussie. Ala kalau korang ingat entry aku Malika Confinement Care tu la, dah melebarkan sayap dia sampai ke Aussie korang tauuu...fuhhh tumpang bangga aku! Dia kata perfuma kat sana murah giler-giler..bayangkan perfume original yang kat sini 2 ratus lebih kat sana bawah seratus jek! Laju-laju aku whatsapp dia cakap nak 1 gaji nanti aku bayar..he..he..he..

Sekali bila dia balik sini dia cakap "babe..aku bagi je kau tak payah bayar.." aku rase macam ehhh..jangan ar macam ni..nanti aku bayar lah. Dia cakap takyah babe aku bagi..terus sebak pulak aku rasa! Sebab aku dah lama tak berperfume original ni..ha..ha..ha..ye la zaman anak nak membesar ni kadang nak beli beras pun tercungap. Serius tak tipu. Jadi bila orang hadiahkan benda yang memang aku nak lagi la aku rasa terharu giler..TQ babe..aku doakan bisnes kau maju jaya lagi. Aamiin~

2nd, hari tu kan ade orang tu war-warkan lah novel dia yang ke-3 nak keluar so dalam hati dah cakap gaji ni nak beli lah sebab ade diskaun kalau beli online/direct. Korang bayangkan eh..jari aku ni tengah nak menaip kat pm FB tu sekali tuptup dalam masa yang sama orang tu pm kau! Aku likeee..ehhhhhhhh macam mana boleh tau aku pun nak pm niiiii...tertanjat sangat! Terus aku cakap "kak..orang baruuuuu je nak pm akak pasal novel! Alih-alih akak pm orang minta alamat! Macam ada talian hayat la kita.." he..he..he..kak Hanis Azla pun gelak (send icon gelak tu)

Alhamdulillah, kadang-kadang kita tak sangka rezeki kita datang dalam bentuk apa. Ada orang punyai wang ringgit yang banyak tapi macam aku, syukur Alhamdulillah aku punyai kawan-kawan yang sangat baik! Mungkin ramai nampak aku tak ramai kawan sebab biasa kat office pun aku menyendiri, makan sorang, lunch sorang, beli barang sorang tapi kalau korang nak tahu disekeliling aku terdapat kawan-kawan yang baik, sangat baik ;)

Sinopsis Bukan Teman Pengganti by Hanis Azla.

Wednesday, February 08, 2017

WW : Hari-Hari Macam Ni!


Nak sembang!

Wajib tau setiap hari macam ni! Kalau tak memang merajuk lah dia. Ade orang tak percaya Syakirah rajin sembang dan sungguh tak percaya Syakirah guna word "sembang" tu so ini bukti dia! Silalah percaya memang dia guna perkataan "sembang" tuh ;)

Monday, February 06, 2017

Kau Dulu & Kau Sekarang


Fuhh..fuhh..fuhh..tiup habuk sikit. Kekekeke..malas la weh nak update blog! Otak buntu dah malas, fikir nak fokus kerja sepenuh masa je tapi ade 1 lagi job besar tak siap lagi nih. Bahan dah ade cuma idea je takde lagi.  Rasa-rasa lepas job tu rase nak seteldown lah blog nie. Ntah tengok lah macam mana nanti.

Almaklum lama sangat dah berkecimpung dalam blog-blog ni rase macam dah takde apa nak cerita. Dulu bukan main ghairah cerita sampai semua benda nak bagitau. Bila baca-baca balik rasa "eee...kenapa dulu aku macam ni??" Kenapa aku bodoh sangat dulu-dulu nii.. t______________t banyak dah entry aku delete. Benda tak berkenaan abis semua aku dah padam. Sekarang FB, IG, Blog pun tak banyak benda aku share kecuali sikit-sikit pasal anak je lah. Kalau dulu makan ape pun nak bagitau..ee..rase nak ketuk kepala sebab bodoh nyer aku dulu.

Oh ye cakap pasal aku dulu..korang tahu tak dulu aku huduh dan gemuk?? Serius sampai rase ehhhh buruk macam ni pun Eady boleh suka?? Ha..ha..ha..dulu aku rasa dah habis hebat dah la time tuh..abis gemilang lahhhhhhhh..bila tengok balik Ya Allahhhhhhh..hahahah..buruk!

Sekarang VS Dulu

Tembam nyer aku dulu wehhhh...padahal dulu dah perasan habis lah kurus ramai peminat..phuiii! Sekarang ehh kenapa aku kurus dari dulu? Ke ini teknik kamera kat JPN ni? Pandai abam JPN amik gambar aku..ha..ha..ha..

Aku baru buat IC baru wehh..itu pun sebab alang-alang pegi buat lesen baru (lesen aku dah lama hilang!) dan aku dah dekat puluh tahun tak bawak kereta. Bab tak bawak kereta sila salahkan abah aku dan Eady! Dia orang yang spoilkan aku tak bagi bawak kereta. Sangup la beramik berhantar aku kemana-mana waima aku kursus kat Langkawi pun abah hantar sampai depan pintu bilik hotel! So salah siapa?? Balik dari kursus BTN pun Eady amik aku sebab abah suruh, so sila salahkan dia 2 orang sebab manjakan aku terlebih. Hi..hi..hi..sayang weh 2 orang nie ;)

Now azam tahun baru nak drive balik walaupun Eady tak yakin dengan aku. Dia tak tau ke bini dia ni bini-biniku gangster? EHHH..bini je bukan bini-bini..kekekee~ Buat lesen baru kejap je tak sampai 10 minit setel semua, yang lama buat ic sejam baru siap. Sapa-sapa nak buat ic baru sila pegi ke UTC berhampiran. Sekejapan je semua urusan! Dah tu buka isnin-ahad dari 8 pagi sampai 10 malam! 

Yang lama cuma buat pasport je lah tapi korang tak payah risau, boleh pegi makan lepak-lepak dulu area UTC tu, macam-macam kedai makan ade! Macam aku pegi UTC Keramat orang pun tak ramai. Siap ade perpustakaan komuniti lagi anak-anak takde la sangap sangat, sambil tunggu sambil boleh tengok nombor yang jalan tu ;) Buat IC baru bayar RM10 jer, buat lesen baru RM50 (RM20 sebab hilang + RM30 untuk setahun). Mudah tak payah amik cuti bagai. Jimat masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang