thumbnail

Tuesday, May 16, 2017

REZEKI ANAK-ANAK : Menang Saguhati FRISO Contest


Macam dah lama je tak update blog. Hmm..kesihatan tidak mengizinkan sampai rasa memanjang nak pitam nak terpengsan jek. Okey kita skip pasal aku. Ni nak cerita pasal rezeki anak-anak 3 ketul tu ;) Alhamdulillah lama kot masuk contest ni, masuk pun macam tak masuk jekk.. ha..ha..ha.. almaklum masa tu sibuk fokus nak bercuti je jadi gigih la aku hangkut 2 tin Friso masuk dalam luggage ke Labuan. 

Sakan bergambar kat sana, anak-anak pun baik bagi kerjasama jadi aku rasa mereka yang layak dapat hadiah ni. Aku target tempat ke-2 tapi takpelah takde rezeki yang tu ;)

Saguhati pun alhamdulillah !

Saguhati je tapi tetap bersyukur sebab yang masuk nyer 50 orang .. No.1-3 dan saguhati 20 orang, sapa nak bagi RM500 oii.. tak bersyukur gak tak tau laaaa.. ha..ha..ha.. ;) ingat nak bawak anak-anak bercuti dengan duit ni. Aku ade baucer hotel RM500 yang tak guna lagi plus ade 1 lagi baucer percutian di Melaka 2H1M yang aku baru dapat last 2 week ! 

Entry bulan 12 ye contest tu..gigih kene siapkan masa bercuti T__T

Tengok la lepas exam ni dan lepas raya ni ke. Oh ye, anak-anak tak tahu lagi pasal nie. Tunggu aku nak suprisekan dia orang. Tak merancang apa-apa lagi ni sebab hal tak sihat nie tak setel lagi. Ambik darah dah dapat result then minggu depan kene amik lagi. Hmm..

Apa pun syukur alhamdulillah~ ;) TAHNIAH juga buat blogger lain yang menang.

Tuesday, May 09, 2017

Ustazah Syakirah Irneena


Alololooo..

Nampak comel je kan ? Tapi korang tak tahu betapa bergaduh nyer aku nak pakai kan dia tudung tuh ! Grrr...orang yang mengaku dia lelaki, siap cakap dah nanti adik nak sekolah kat sekolah abang je tak nak sekolah kakak so korang bayangkan lah macam mana nak minta dia pakai tudung ? Grr...

Ni gambar jumaat lepas, saje cikgu dia minta hari jumaat pakai baju bertema jumaat tak payah pakai baju sekolah. Ustajah tembam .. ha.. ha.. ha..pipi selambak macam ade makanan kat dalam !

Friday, May 05, 2017

Berbuka Puasa Dengan Nasi Arab Sedap Di Alanna's Kicthen


Punya lama tak update blog, buka-buka nah kau terang biji mata ! Bukan tak rindu nak update tapi otak agak tepu dan banyak benda malas nak cerita. Ha..ha..ha..semua pun nak malas .. ape punyer blogger nie. Kof .. kof .. kof ..

Hari rabu lepas balik dari kerja aku dijemput untuk mem-food review (ade ke perkataan ni? kekeke..~) di Alanna's Kitchen di Pandan Indah. Dekat je dengan kawasan aku tinggal dulu (rumah mak aku). Nak cari pun senang sebab signboard nyer dari jauh dah boleh nampak walaupun Alanna's Kitchen ni berada berderetan dengan lot kedai-kedai. 

Alanna's Kitchen

Alanna's Kitchen is a Muslim friendly restaurant that serves Arabic, Western and local Asian food. Favorites on the menu are Arabic Chicken Mandy, Arabic BBQ Chicken and Fried Chicken Chop.All food is a set meal and it comes with a FREE soft drink. The sauces and burger buns are specially home made from scratch. Alanna's Kitchen also offers home made cakes as desserts. (sumber FB : Alanna's Kitchen)

So korang jangan risau kalau tengok tiba-tiba Madam (chinese lady) datang depan jemput korang masuk ! Halal. Semua makanan boleh dikatakan 80% homemade termasuk kek dia ! Aaaaaa..sebut pasal kek dia..allahhhh..nanti lah cerita !

Nasi Arab - set for 4

Nasi Arab - set for 2

Nasi Arab, Kambing & Ayam.

Nasi Arab - set for 2

Nasi Arab, Ayam Grill & Ayam Panggang

Ulang tayang set for 4 !


Apa boleh aku kata aku bukanlah penggemar nasi arab. Serius kalau orang ajak aku pegi makan nasi arab aku like alaaa..makan benda lain tak boleh ke ?? Huwaa..tekak tak bleh telan arrr nasi kosong gitu-gitu je. Nak gu dengan kuah / sup ala-ala arab ?? Huwaa.. not my tekak arr..Eady selalu stress dengan aku if ajak pegi makan nasi arab confirm tak nak.

Kali ni datang tak tahu nak kene food review ape. Diberitahu food review untuk menu berbuka puasa je. Okey lah dekat dan ada masa terluang so kita pergi je lah. Bila dihidangkan .. alaa..nasi arab ? Macam nak menitik air mata ! Okey la sabar izwa sabar .. amik-amik gambar selesai kan tugas kau Izwa. 

Ulang tayang lagi !!

Dah selesai tugas, maka mestilah acara makan bermula kannn..Eady & anak-anak je makan. Banyak kali Eady tanya "B tak nak makan ke..rase lah sikit.." aku cakap "takpe takpe.." dalam pada tu ehh cuit la sikit buat rasa. Rasa kambing la sebab aku memang penggemar kambing. SEKALIIII...ehh sedap nyerrrrr !! Eady cakap sedap kan ?? Setakat ni abang rasa ni yang TERPALING SEDAP . Makan je cakap SEDAP, suap je cakap SEDAP .. ALLAH confirm sedap giler nie .. Ha..ha..ha..

Macam mana nak describe eh..kambing dia diperap, sampai ke tulang dan rasa dia sedap lahhh..dia punyer kelembutan aku cakap kauuuuuu orang bergigi goyang pun boleh kunyah !! Punyer lembut dan sedappppp~ Ayam pun sedappp tapi tak boleh lawan kambing arr..

Rupe nyer kan, kat Alanna's Kitchen ni Nasi Arab & Kambing ni antara menu yang TERlaris sampai kalau kau tak call dulu datang main terjah bakal mengundang air mata arr..sebab kambing ni cepat abis !

Letak sekali lagi ! Ha..ha..ha..

Untuk bulan puasa ni , semua set Nasi Arab ni akan didatangkan bersama air, buah & kurma juga samosa. Murah la kan? Menu sempoi semua ada, cuma satu je la aku tak suka sebab air tu adalah air gas..sobs!~ Ade air Jasmine Tea tapi aku bukan penggemar tea so tak boleh telan. Tapi takpe air kita order lain okey sebab menu ni dah la jimat, boleh dikongsi bersama so top up air takde masalah besar sangat kan ;)

Nak citer jugak..disebabkan makanan ni lah aku benci sangat dengan blogger dak Sally Samsaiman ! I hate uuuu dak Sally Korea ! Benci sangat sebab lambat sangat ajak akak makan kat sini ! He.. he..he..  sedap nyer sampai dah esok nyer pun Eady dan anak-anak still cakap lagiii..

Kalau korang nak tahu, Syahmi buat kerja sekolah dia ade tulis macam ni "makanan di Alanna's Kitchen sangat sedap sekali, saya nak pergi lagi" Ha..ha..ha..nampak tak bukan aku je yang teringat terbayang tapi anak-anak pun ! Syahmi Sufiya Syakirah makan bertambah-tambah .. punya sedap.

Harga.


Aiskrim pun homemade. Kau mampu !

Selain dari Nasi Arab yang sedap nak mati tu, ni ha kek homemade yang dimasak, diadun, dibuat sendiri oleh Madam . Kalau datang sini korang wajib try atleast sepotong kek ! Pun sedapp..aaa sorry la korang..kalau tak sedap aku cakap je tak sedap, atau aku tak blog kan terus ! Tapi kalau sedap sumpah 80 juta kali pun aku cakap sedappppp~

Sungguh, aku nak repeat lagi tapi aku nak bawak ibu sekali. Ibu adalah penggemar Nasi Arab. Oh ye, selain dari nasi arab ade juga menu tomyam semua lah. Pendek kata kalau korang tekak lain-lain boleh sangat makan kat kedai ni sebab semua ada ! Ni menu wajib berbuka puasa, korang jangan lepaskan peluang tau. Call sehari sebelum nak pergi berbuka puasa okeh ! Kalau walk-in memang takde la .. PENUH !


Alamat : 

Alanna Kitchen
8 Jalan Pandan Indah 1/23D
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur.

MADAM : 012-551 8227
Call : 03-92017134

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang