thumbnail

Friday, August 11, 2017

Lamanya !


Ya allah lama nyer tak sembang! Lama betul tak update blog. Entry sebelum ni pun duk dalam draft lama dah approve baru publish. Rindu nak berceloteh. Eh korang rindu aku tak? Tak? Tak takpe lahhhhh biar aku sembang sorang-sorang. Hihihi..~

Lama aku senyap sebab macam-macam hal perlu aku fikirkan. Dengan aku sibuk appointment hospital, dengan Syakirah kene chicken pox, dengan hal-hal family..so aku amik keputusan nak diam dulu lah walaupun kat IG & FB kemain aku rancak. Buat masa ni review/event pun banyak aku dah tak accept, melainkan betul-betul berbaloi ye aku terima. Sorry terpaksa memilih dalam keadaan macam ni dah tak boleh accept semua macam sebelum-sebelum ni. Kalau ade offer aku yang aku tak dapat nak terima aku just bagi nama kawan-kawan yang lain kat PR je. Nak slowdown dulu, setelkan banyak benda bertenang baru start balik.

Bercakap pasal sakit & hospital, aku dah tau dah sakit apa tapi biarkanlah dulu pasal tu. Ada beberapa orang je aku cerita, kat ibu abah pun aku tak cerita sebab ntah aku rasa ini bukan waktunya untuk dia orang risaukan pasal aku. Banyak benda lagi dia orang nak fikir, biarlah dia orang relax santai habiskan masa-masa tua dia orang. Hal aku, sakit aku biar aku je fikir dan tanggung.

Haritu 03.08.2017

Percaya tak, aku pegi hospital pun sorang je. Eady hantar amik laaaaaa tapi aku tak nak dia tunggu. Kesian kat dia satu hal, satu lagi bagi aku ini hal aku biar aku je sorang hadap. Aku tak suka orang kesian-kesian ni..ntah macam pelik pun ade! Ha..ha..ha...ke aku yang pelik?? Duduk menunggu 3-4 jam kat hospital tu lah "me time" aku, so takkan aku nak lepaskan peluang untuk keseorangan untuk 3-4 jam? Rugi laaa..

Yang penting doktor pesan "kene banyak rehat & jangan stress..jangan tengok cerita hantu". Ha..ha..ha..betul weh pesanan tu jangan tengok cerita hantu tuhhh! But hellooooo..bila nak rehat cuba bagitau? Bila nyer tak stress bagitau? Kerja okey sangat takde lah penat giler takdelah stress langsung tak stress pun! Kerja aku santai setakat datang kerja buat kerja dan balik! Yang banyak stress aku ni banyak nak kene uruskan orang dalam hidup aku. Macam-macam hal aku lahhhh yang nak kene buat, aku lah yang nak kene cari, aku lah macam-macam lah, aku jugak lah kene fikir macam-macam benda. Haishhh~ Hal rumah, hal anak, hal keluarga .. tu belum kira lagi umah bersepah. Ha..ha..ha..sendiri tak kemas sendiri yang stress! Macam mana tuh?? Cuba bagitau aku bila masa otak aku nak rehat? Bila masa aku nak buang stress? Appointment hospital pun ade banyak lagi nie. Eady? Alah korang ni takkan tak tahu orang lelaki macam mana? Sempoii nanti-nantilah jawapan nyer.

Tapi takpe, kita chill-chill aje ;) selagi bernyawa kita berkhidmat je pada semua okeh! So next, aku terfikir kalau aku susah kalau aku sakit kalau aku "sakit kat dalam" ada lagi orang yang lebih "sakit" dalam kehidupan dia.

Kawan aku, dah kerja jauh tup-tup dapat tahu berpisah dengan suami. Aku like ..hmm.. why..sedih pulak hati aku sebab ye lah orang yang kita pernah kenal orang yang pernah kita kerja bersama rupa nyer bersedih dalam diam. Just why..sedih rasa nak peluk je dia kuat-kuat walaupun aku ni jenis tak suka memeluk orang tak suka dipeluk kecuali Eady je. Ehhh..hehehe..ehh serius korang jangan ar peluk-peluk aku nanti aku jadi kejung & pelik. Aku macam tak suka .. ntah kenapa ntah!

Back to track, aku berwhatsapp dengan dia .. aku cuma mampu bagi semangat & sokongan je lah sebab bagi aku lain orang lain bahagia nyer. Bagi dia, dia rasa hidup aku best sangat bahagia sangat tapi aku cakap kat dia tak semestinya apa yang kau tengok tu betul, percayalah cakap aku. Hidup aku pun ada naik turunnya ade juga pahit manis dan aku pesan kat dia tak semestinya keseorangan tu tak bahagia. Ada orang bahagia dengan pasangan, ada orang bahagia bila seorang, ada orang bahagia tanpa anak, ada orang bahagia makan nasi, ada orang bahagia dapat makan kebab .. tu contoh lah. 

Bahagia ni subjektif kita sendiri tak boleh tentukan bahagia seseorang itu kat mana melainkan orang tu sendiri. Bahagia ni kita yang pilih dan tentukan sendiri.

Apa yang boleh aku buat, aku cuma doakan apa yang terbaik untuk dia. Aku sentiasa ada untuk dia untuk bila-bila masa dia perlukan. Ye aku ni jenis takde kawan baik tapi hidup ni perlu berbuat baik pada semua orang.

Gambar masa raya

Tu pun gambar masa raya. Nak tunjuk lah aku sihat dalam tak sihat tapi pendek kata sihat je as long aku follow je apa doktor cakap & follow je appointment hospital ;) Aku okey je, balik masak macam biasa hari-hari cuma amik anak-anak balik sekolah je dah tak. Just jumpa kat taska je sebab nak kurangkan penat berkejaran. Lain dari tu life ok ok. Ni nanti family mertua nak datang nak kene cuti balik kampung. Harap aku tak berpenat sangatlah time tu.

29-31hb Ogos ni nak bawa anak-anak pegi bercuti di Swiss Garden Kuantan. Aku dah janji lepas setel hal rumah aku nak bawa dia orang bercuti. Ya allah cakap pasal bercuti punyalah lama tak bercuti wehhhhh...geram je aku tengok korang bercuti sana sini! Geram okeh~ Sabar je menunggu masa. Yelah nak bayar lawyer rumah ber-ribu berhabis, selesai baru boleh fikir bab bercuti. So sekarang dah tak sabar nak bercuti! Dekat 8 bulan tauuuuuu tak berehat bercuti. Kesian kat anak-anak sebab cuti sekolah ke cuti raya ke duduk rumah je. :(

Sekarang dah boleh kurang fikir sikit kot, hal rumah setel dah (setel part bayar lawyer). Kalau dulu ikutkan banyak benda remeh aku nak kene fikir dan aku sendiri kot yang suka stresskan diri aku sendiri. Baju sekolah anak macam belacan pun aku boleh stress! Bak kata kakak aku la "kau tu kalau orang tak ikut cakap kau kau marah, nak orang ikut rentak kau je.." ye la tu kot. Hu..hu..hu..

Biasa lah anak no.2 kan agak tegas garang dan suka ikut kepala otak dia je so kalau tak kene dengan rentak dan hati mula la nak bengang & stress tapi dengan orang dalam hidup aku je! Bab kerja bab orang lain elok pulak aku boleh ikut rentak orang..kenapa eh?? Ehhh..anak no.2 special tauuuuuuuuuuu korang jangan main-main tau!  Berani la buat hal dengan anak no.2? HA..HA..HA..HA..HA...

Tapi, sekarang aku dah less stress tauuuu! Betul! Aku pekakkan telinga je bila anak bergaduh ke terjerit-jerit ke aku buat dek jek lantak korang la haiii penat kang diam lah! Tu belum kira rumah bersepah ehhh lantak kau situ kalau aku rajin kang aku buat sampai licin. Ha gitu kauuuu aku punyer stress less. Hidup kene gembira barulah sentiasa muda, tak gitu? :)

24 comments:

Julia Johari said...

Ya sis betul tu bahagia terlalu subjektif...ada pasang surutnya kan...lama tak baca celoteh akak...heheh sekali berkajang haaa...juju pun dh lama x pi event...entah la memacam bz gak lately anak tak sihat ni...semoga adik mok lekas sembuh parut ciken pox ye...amin

(Lawa baju raya akak tu...sila pakai warna tu selalu hahha sesuai angat!!!)

Yana MIB said...

akk perfectionist sgt kot tu stress...mcm makcik sy...punca dia byk penyakit sbb stress benda remeh...perfectionist orgnya...haha take care ye kak...xmo stress², chill² je gituu :)

Cik Rose said...

Jaga diri kak :)
Selamat bercuti nanti, jangan terlalu memikirkan benda remeh temeh..

Nampak lain pakai baju warna tu. Sweet.. Cantik!

Sanisah Sabu said...

betui, lain orang lain bahagianya, jangan menilai bahagia dengan kaya raya, pasangan hensem/cantik, rumah besaq, tapi bahagia tu memang takleh kita lihat dengan mata kasaq kan =)

mama tisya said...

bahagia hanya tuan bdn je tau..kdg2 org tgk kita senyum tp ada juga yg dlm hati sakit tkde org tau kn...smoga cpt baik ..jgn stress2 sgt...kt opis pn ada sorg yg cpt stress juga bila benda kecik2 pastu die pening pale & sakit mayb sbb terlampau memikirkn sgt bak kata kakak izwa tu la so take care

I N A A I N A A said...

Be strong kak izwa.. Kita sama-sama strong hadapi masalah. Keep your head up and you will be okay.. Maintain cun awek muda selalu

mamapp said...

Salam kenal Dari mama. Syafakillah

SITI AWADAH said...

Awa aritu dekat 2 bulan x online. no FB, no blog.. nothing! Just need a break! lepas tu baru ok move on balik mcm biasa. Soal hidup mmg susah nk cakap. Ada masa kita tgh happpy dan ada masa kita akan down. yg penting kita tak give up

Siti Rohaida Yusof said...

Dalam hidup ni,bila dah berkeluarga nk mencari me time tu agak susah.macam sya,disahkan sakit jantung berlubang dari kecil,wlupun dah melepasi operation,still x boleh nak sihat mcm orang,nasiblah boleh keluar anak sorang,kadang2 bila doc ckp pasal pregnant yg akan datang akn bg sy high risk samada utk bby or saya,masa tu rasa nak peluk mak,down gila,stress sampai rasa nk mati,Tapi bila kita fikir balik,mybe Allah swt tu dah janjikan sesuatu untuk kita.skrg pun tak boleh nk stress sangat..tapi tulah,tak kita buat kita sendiri stress,orang lain pulak kan..Apa pun,hidup tak boleh give up,mungkin kita bersusahan dulu,mana tau esok2 kita senang..eh..ter panjang pulak komen

Mar Mansor said...

semoga terus tabah..

Kamsiah Yusoff said...

Izwa..bukan ke sakit kita hampir sama
akak ni alhamdulillah dah surut bengkak kat kaki
cuma terasa berat ja nak angkat

Maria Firdz said...

Sakit itu dikurniakan untuk orang yang terpilih dan mampu hadapinya... Sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana sakit Itu dari Dia dan Dia juga berkuasa menyembuhkan

AziRahmanDot Com said...

Chill chill sis...jgn stress stress..semua yg berlaku ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu...

HeNRieTTa JoSe said...

stress punca banyak penyakit...jgn stress stress yea....u deserve to be happy....

Khir Khalid said...

Salam berblogging.. semoga dipermudahkan dan dilancarkan segalanya, in shaa Allah... aamiin.

Mimi Azirah said...

Take care kak...yg penting jgn stress stress...jaga diri yg oenting happy and still look younger

wahida said...

bahagia tu kita je yang rasa...kadang tu kita rasa life kita ni hard sangat, tapi ada org lagi sedang struggle dengan kehidupan dia...masing2 ada masalah masing2...ko take care okeyy...

Kak Sue said...

Jaga diri ya Izwa.. biasa lah dalam hidup kita nie macam-macam ujian kan.. semoga dipermudahkan semua urusan Izwa ya :)

Fiza Rahman said...

Bahagia tu hanya kita dan DIA jer yang tahu. Orang nampak yang indah. Tapi sebaliknya orang tak tahu. Take care beb. Even aku tak tahu apa sakit kau. Aku doakan smoga allah sembuhkan sakit tu dan smoga dipermudahkan semua urusan. Jangan stress2 ok.

Raihanah Ahmad said...

tunggu kat hospital ni mmg kena banyak sabar

Inani Hazwani said...

Setiap orang ada definisi bahagia tu sendiri kan :) Take care kak, semoga dipermudahkan semua urusan :)

Falsya said...

betul3..bahagia tuh subjective..masing2 ade bahagian masing2 dalam hidup nie..kan kak?...

semoga Allah beri kesembuhan utk sakit akak dan semoga Allah permudahkan segala urusan akak dan keluarga..amin3..take care kak..

el said...

knapa x boleh tgk cite hantuuuuu hahaha
aku pun anak no.2..mmg degil nak dgr cakap dia je kihkihkih
semoga dirikau mendapat kesihatan dan keberkatan kehidupan olehNYA amin

dorsett pink said...

Bersabar dan terus bersabar idzwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang