thumbnail

Tuesday, September 05, 2017

Swiss Garden Resort Residences Kuantan, Pahang


Holaaa..orang sibuk dengan entry Raya Haji aku sibuk dengan hal bercuti. Huhuhuu..punya lama tak bercuti tau korang! Sobs~ last masa balik Labuan bulan Dec 2016 tu je. Almaklum 2017 kene setelkan hal rumah, lawyer rumah bagai banyak giler guna duit. Memang bercuti tak termasuk dalam list tahun ni, tapi dah janji dengan 3 ketul SI ni if mama dah setel hal rumah kita pergi bercuti okey. Alhamdulillah walaupun lambat, masih lagi ada peluang untuk ke Swiss Garden Resort Kuantan, Pahang pada 29hb Ogos haritu dan balik masa Hari Merdeka. Nasib book rumah/hotel murah, almaklum orang gomen kan so 1 malam RM50 je kita amik terus 3H2M baru kene RM100. Jimat bab bayar hotel ;)

Last time kami ke sini bulan Oktober 2015, boleh check gambar yang maha banyak pada entry lepas. Entry kali ni memang tak banyak gambar sebab tujuan utama nyer ialah BEREHAT sepenuhnya. Busy macam-macam hal, kerja banyak, hal anak-anak, rumah, sakit so aku decide bercuti kali ni memang nak rest betul-betul. Alhamdulillah cuti 3 hari tu langsung tak sakit pun aku. Tidur pun lena je.

3 section pool. Dalam gambar ni tak nampak pool budak-budak.

Ni pool kanak-kanak.

Ada tarikan timba limpah

Tarikan utama nak pergi sini dah tentulah sebab pool Swiss Garden Resort Kuantan ni yang terbaik! Ada 3 section pool. Untuk kanak-kanak pool tak dalam tahap buku lali/betis orang dewasa je. 2nd pool yang ada gelongsor besar tu, kanak-kanak dewasa semua boleh main dan last sekali pool dewasa lah. Pool dewasa dalam juga, paras-paras dada Eady yang tinggi tu kalau aku masuk paras tengkuk aku lah. Ha..ha..ha..orang pendek perlu pandai berenang dalam pool dewasa ye.

View dari beranda hotel

Pool dewasa

Selain dari tarikan pool di Swiss Garden Resort Kuantan Pahang ni, pantai dia pun boleh tahan bersih dan landai. Serius bersih giler nak jumpa 1 sampah pun susah. Air jernih giler. Masa kami ke sana cuaca pun sangat baik. Tak mendung tak panas, just nice je walaupun dah pukul 11 pagi masih lagi tak terik.





Cuaca sangat nice tak kira pagi atau petang, lama juga la kami lepak kat pantai dan mandi laut. Last time kami tak berpeluang ke pantai, tak tahu kenapa time tu tak turun ke pantai. Sibuk dengan pool maybe? Lupa dah tapi kali ni memang lepak pantai pun lama dan banyak kali so puas hatilah dengan percutian kali nie. Memang tercapai niat untuk berehat sepnuhnya sebab masak makan pun tak kalo ni!

Kalau korang nak tahu kat hotel ni takde dapur untuk masak tapi ada microwave, peti ais & air coway tu. Aku ade la bawa meggi biskut roti almaklum anak ramai ni mandi pantai pool pulak confirm cepat lapar! Tapi tak payah risau sebab depan hotel ade kedai makan yang jual makanan bapak lah murahhhhhh! Sarapan pagi makan tengahari makan malam beli kat kedai depan jerrr..ade jual nasi bajet cukup lengkap nasi belacan ayam goreng/ikan keli sayur ikan masin dan air teh o ais baru RM5. Bapak arrr murah..nasi goreng kampung pun RM5 ehh terus malas nak masak. Ha..ha..ha..

Bawa rice cooker dan beras last-last bawa balik rumah semula sebab tak terusik! Betul punya bercuti berehat sepnuhnya kali nie. Dah tu bawa hotela de 7 Eeleven, ade kedai roti so tak payah risau bab makan lah kat Kuantan nie, cuma kali ni kita orang tak ke Sara Thai Kitchen yang femes amos tu sebab memang takde niat nak berjalan merata ke tempat lain.

Untuk pengetahuan korang, bilik hotel berkonsep apartment ade 2 bilik lengkap dengan meja makan ruang tamu pinggan mangkuk. Nak tengok boleh tengok entry lama aku okey. 

Pegi dengan family makcik aku.

BTW, entry ni autopublish sebab hari ni aku ade appoinment kat hospital untuk CT Scan. Kalua sempat aku blogwalking okey, dah la masa terhad kat office internet pun kene sekat. Apa pun tak blehhhh~


14 comments:

Aisya Ismail said...

Cantiknya.. kolam kanak-kanak pun besar.. puas berendam..

http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/09/sejarah-perngorbanan-nabi-ibrahim-dan.html

Afizah Abd Rahman said...

Murah tu harga. Bestnya... Last aku bercuti last year.

mama tisya said...

Syok la dpt rate government.. Murah.. Pernh stay sini 2x... Last p sini ms tgh pregnant 2007.. Ms tu pool xsecantik skarang.. Ada rezeki nanti bole la pi

mama tisya said...

Syok la dpt rate government.. Murah.. Pernh stay sini 2x... Last p sini ms tgh pregnant 2007.. Ms tu pool xsecantik skarang.. Ada rezeki nanti bole la pi

Rafzan Tomomi said...

menariknya tempat ni. Rasa nak pergi juga dengan family nanti. thanks for sharing :)

ubai ismail said...

haritu lalu jer depan ni. hehehe

besar pun besar hotel ni kan..

Mrs Puex said...

boleh masuk dalam list ni lepas habang haji balik nanti..hehehehe..

Akif Imtiyaz said...

Wah bestnya bercuti.. sesekali nak.jugak rehatkan tubuh badan yang penat duk asyik keje jer kan izwa.. kena letak dalam list gak la yang ni sebab ada kolam best hehehe..tq sharing

FarahGlanzDotCom said...

Seriously rate gomen harga gitu?? Murahhhh..tengok tmpt pn best..nak pi jugak la..tq sharing.. btw semoga cepat sembuh ok..take care..����

Khir Khalid said...

Seronok.. tempat ni nampak sgt cantik dan meriah stg.. harga pun berbaloi. Apa pun semoga dipermudahkan dan cepat sembuh ye.. aamiin :)

Mama Hakim said...

Bestnya dapat pergi tempat mandi mandi masa hari panas macam ni

Falsya said...

sonoknyeeeeee...ade satu hotel kat belah2 swiss garden tuh, ape tah namanye kite lupe...pool die pun bapak besau kak oiiii...

kite dari dulu tingin nak duk sini....tp xberkesempatan..heheh..

Azhafizah Md Nor said...

kalau dok sini tak pergi tempat lain pun takpe kan..boleh main air seharian.budak-budak lagilah suka.

Nadia Johari said...

cantik betul tempat dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang