thumbnail

Tuesday, February 27, 2018

Kurus Tanpa Berlapar Dengan C-Trimax


Gigih buat banyak-banyak untuk sehari punya.

Kurus Tanpa Berlapar Dengan C-Trimax | Ha mesti ramai teruja kan? Sapa yang tak nak kurus ye dak. Impian sesetengah orang nak kurus dan sihat! Yes yang penting ialah sihat. Janganlah kurus cara extreme pastu sakit pulak yang dapat. Sejak susah makan ni tekak tak nak terima makanan, aku minum C-Trimax untuk cover lapar aku. Alhamdulillah perut bertahan, tak lapar dari pagi sampai ke petang. Aku bukanlah nak kurus sangat-sangat pun tapi aku nak kurus sikit tapi secara sihat. Nak fit.

Portion aku makan setiap hari.

Keunikan C-Trimax | tak lengkap pulak kalau bercerita tapi tak bagitau kebaikan dan keunikan C-Trimax ni kan..macam tak kene je! Nah aku senaraikan :

1. Mengurang dan mengawal selera makan
2. Mengawal berat badan
3. Mengurangkan kolestrol
4. Menambah tenaga
5. Melancar dan membaik pulih peredaran darah
6. Membuang toksin dari dalam badan
7. Menghalang pembentukan lemak.

Hah nampak..ciri-ciri C-Trimax yang ada dapat buat kita kurus tanpa berlapar. Sapa-sapa yang ada masalah lemak berlebihan boleh la try. Ehh..jangan kata orang gemuk je ade lemak orang kurus pun ade tau! 


Cara pengambilan C-Trimax | Sekotak C-Trimax ni ade 15 sachet, bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengamalkan dengan pengambilan 3 kali sehari. Bagi yang berat badan biassa-biasa tapi masih ingin kurus secara sihat digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari sehinggam endapat berat badan yang ideal.

> bancuh C-Trimax dengan 150 mlm air suam (air panas tak boleh ye)
> kacau atau shake sehingga sebati dan terus minum
> haruslah diambil selepas sarapan
> ingin kesan yang cepat dan lebih baik digalakkan mengambil atau minum air kosong sekurang-kurangnya 5-6 liter sehari bagi memaksimumkan pembakaran lemak dan membuangan toksin dari dalam badan.

FB : C-Trimax Malaysia
IG : ctrimaxhq

** C-Trimax ADA KELULUSAN KKM **

Thursday, February 01, 2018

01.02.2018 - Lamanya Tak Update!


Hola!

01.02.2018 - wahhhhh kemain sebulan sekali update sekarang ni~ ha..ha..ha..bukan malas wakkkk tapi takde daya okey. Bila ada daya perlu buat kerja lain yang penting dulu. Bukanlah kata blog tak penting tapi tak daya nak perah-perah otak sekarang nie. Nak release stress & nak tenang-tenang ajer. Bila berfikir ni otak jadi penat badan pun cepat letih so blog ni kira terabai sikit la. Kalau kat IG & FB tu cepat je mengarut nyer takde nak fikir banyak so kat sana aku banyak update.

Lagi pun job kat blog pun dah kurang banyak aku amik sebab faktor kat atas tadi tu la, nak kurang berfikir perah otak je wak. Saja letak gambar tu sebab nak tunjuk kita dah kurus sangat. Uhuks~ bukan bangga tapi tu kurus tak sihat tau. Kerja aku sekarang ni berkawan dengan hospital jek..tak daya dah rasa tapi kene bertabah juga untuk baik. 

Demi anak-anak & suami dan keluarga la. Khidmat aku masih lagi diperlukan jadi nak tak nak aku kene kuat juga untuk bertabah dan bersabar, cuma ade sekali 1 malam tu aku down teruk nangis teruk-teruk sampai tak boleh bernafas dan bercakap. Tu sekali je la paling teruk setelah hampir setengah tahun aku sakit. Selama ni akulah orang paling susah nak down & nangis tapi malam tu aku rasa dah sehabis daya dah untuk bertabah dan sabar. Lama baru nak okey & back to normal. Giler, bila fikir-fikir balik.

Ni je la aktiviti bulanan aku..hehehe..

3 hari sebelum fly ke Labuan (Dec 2017)

Labuan 2017

Dec 2017 - Cerita pasal balik Labuan pun takde kan? Erm..kali ni balik pendek je hari. 9 hari je tolak perjalanan ade la 7 hari je kot! Dah la tu 5 hari tersadai tidur je aku kat sana. Jadi menantu hantu aku haritu. Hu..hu..hu..ye lah 3 hari sebelum fly warded sehari setengah then MC 2 hari terus fly, dengan takde tenaga nyer dengan jalan takde daya rasa nak nangis je time tu tapi demi anak-anak & Eady kene gagahkan juga diri. 5 hari melepet tidur, 4 hari baru ade tenaga sikit-sikit jalan ronda le kejap-kejap bawa anak-anak. Kali ni memang paling teruklah aku, dengan makan minum keluar balik berhari-hari sampai kene drip masuk air lah. Bayangkan berminggu-minggu boleh makan buah & air masam-masam jek. Buah pun pear & epal jek yang lain pun tak boleh. Giler! Dengan malam-malam susah nak tidur..nak tidur pun berhempas pulas berjam-jam. Kadang 2-3 pagi baru dapat tidur, pukul 5.30 pagi dah bangun. Erm...

Ehhh..jangan ingat aku pregnant! TAK & TAK BOLEH! Doktor dah warning cannot dengan keadaan sekarang. Don't worry doktor, iolls dah ikat kot. Kot celah mana pulak nak lalu bagi ngandung..ha..ha..ha...sebab tu la berat aku drop giler-giler-giler. Bayangkan selama ni aku pakai baju saiz M, sekarang pakai saiz S selambe je still longgar lagi tapi takdelah aku bedal baju saiz XS..ha..ha..ha..dah tua malu lah nak pakai baju ketat melekat sendat mendat tu so sekarang pakai baju M macam baju pinjam dah..uhuks~

Ermm..makan minum sekarang ni pun banyak try & error. Salah makan salah minum memang keluar abis semua dan berhari-harilah macam tu, nak selamat aku makan je lah buah dan air yang aku boleh makan..sedih kan? Sakit ape? Ermm..sakit yang melibatkan organ paling penting dalam badan. :(

Nak cerita pun macam berat je, nanti orang ingat aku minta simpati tapi entahlah..selagi tak betul-betul dapat keputusan selagi tu berat aku nak bagitau. Ibu abah langsung tak tahu ape-ape. Aku pun dah jarang jumpa diaorang sebab aku tak nak dia orang sedar aku sakit, cuma demam kerap tu aku tak boleh nak kontrol. Bila-bila masa aku boleh demam. Datang kerja pagi elok sihat je, petang tetibe aku boleh seram sejuk dan terus demam! Boleh jadi bersin teruk dan melepet jek. Kene pulak sekarang ni musim hujan tak menentu lagi la aku senang nak demam. Penat, stress semua cukup sebab menganggu rutin aku sebagai mama & isteri :( sedih~

Asyik nak sedih je sekarang ni walaupun muka sentiasa senyum. Cuba juga compare dengan orang lain yang terlantar, yang koma, yang strok teruk tu tapi tak bolehlah. Hati tetap susah nak terima kenyataan. Yelah selama ni aku sihat cergas aktif tiba-tiba berjalan 3-4 tapak pun aku boleh jadi penat giler. Tak ke korang akan rasa stress dengan diri sendiri?? Cannot brain this tapi nak tak nak aku kene terima. Cuma selama mana aku akan ambil masa untuk terima tu aku tak sure. Ade masa aku okey sangat, ade masa aku teruk sangat untuk terima kenyataan ni.

Ermm..entahlah~ 

Korang doakan yang baik-baik untuk aku okey? Mana tahu ada doa korang yang didengari oleh DIA & diangkat darjat nyer, aku nak sihat aje~ Bila sihat aku boleh selalu mengarut kat sini! Ha..ha..ha..korang tak rindu ke keMENGARUTan aku?? Alaaaaaa...nyampahhhh..tak rindu la tuwwww~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang