thumbnail

Thursday, February 01, 2018

01.02.2018 - Lamanya Tak Update!


Hola!

01.02.2018 - wahhhhh kemain sebulan sekali update sekarang ni~ ha..ha..ha..bukan malas wakkkk tapi takde daya okey. Bila ada daya perlu buat kerja lain yang penting dulu. Bukanlah kata blog tak penting tapi tak daya nak perah-perah otak sekarang nie. Nak release stress & nak tenang-tenang ajer. Bila berfikir ni otak jadi penat badan pun cepat letih so blog ni kira terabai sikit la. Kalau kat IG & FB tu cepat je mengarut nyer takde nak fikir banyak so kat sana aku banyak update.

Lagi pun job kat blog pun dah kurang banyak aku amik sebab faktor kat atas tadi tu la, nak kurang berfikir perah otak je wak. Saja letak gambar tu sebab nak tunjuk kita dah kurus sangat. Uhuks~ bukan bangga tapi tu kurus tak sihat tau. Kerja aku sekarang ni berkawan dengan hospital jek..tak daya dah rasa tapi kene bertabah juga untuk baik. 

Demi anak-anak & suami dan keluarga la. Khidmat aku masih lagi diperlukan jadi nak tak nak aku kene kuat juga untuk bertabah dan bersabar, cuma ade sekali 1 malam tu aku down teruk nangis teruk-teruk sampai tak boleh bernafas dan bercakap. Tu sekali je la paling teruk setelah hampir setengah tahun aku sakit. Selama ni akulah orang paling susah nak down & nangis tapi malam tu aku rasa dah sehabis daya dah untuk bertabah dan sabar. Lama baru nak okey & back to normal. Giler, bila fikir-fikir balik.

Ni je la aktiviti bulanan aku..hehehe..

3 hari sebelum fly ke Labuan (Dec 2017)

Labuan 2017

Dec 2017 - Cerita pasal balik Labuan pun takde kan? Erm..kali ni balik pendek je hari. 9 hari je tolak perjalanan ade la 7 hari je kot! Dah la tu 5 hari tersadai tidur je aku kat sana. Jadi menantu hantu aku haritu. Hu..hu..hu..ye lah 3 hari sebelum fly warded sehari setengah then MC 2 hari terus fly, dengan takde tenaga nyer dengan jalan takde daya rasa nak nangis je time tu tapi demi anak-anak & Eady kene gagahkan juga diri. 5 hari melepet tidur, 4 hari baru ade tenaga sikit-sikit jalan ronda le kejap-kejap bawa anak-anak. Kali ni memang paling teruklah aku, dengan makan minum keluar balik berhari-hari sampai kene drip masuk air lah. Bayangkan berminggu-minggu boleh makan buah & air masam-masam jek. Buah pun pear & epal jek yang lain pun tak boleh. Giler! Dengan malam-malam susah nak tidur..nak tidur pun berhempas pulas berjam-jam. Kadang 2-3 pagi baru dapat tidur, pukul 5.30 pagi dah bangun. Erm...

Ehhh..jangan ingat aku pregnant! TAK & TAK BOLEH! Doktor dah warning cannot dengan keadaan sekarang. Don't worry doktor, iolls dah ikat kot. Kot celah mana pulak nak lalu bagi ngandung..ha..ha..ha...sebab tu la berat aku drop giler-giler-giler. Bayangkan selama ni aku pakai baju saiz M, sekarang pakai saiz S selambe je still longgar lagi tapi takdelah aku bedal baju saiz XS..ha..ha..ha..dah tua malu lah nak pakai baju ketat melekat sendat mendat tu so sekarang pakai baju M macam baju pinjam dah..uhuks~

Ermm..makan minum sekarang ni pun banyak try & error. Salah makan salah minum memang keluar abis semua dan berhari-harilah macam tu, nak selamat aku makan je lah buah dan air yang aku boleh makan..sedih kan? Sakit ape? Ermm..sakit yang melibatkan organ paling penting dalam badan. :(

Nak cerita pun macam berat je, nanti orang ingat aku minta simpati tapi entahlah..selagi tak betul-betul dapat keputusan selagi tu berat aku nak bagitau. Ibu abah langsung tak tahu ape-ape. Aku pun dah jarang jumpa diaorang sebab aku tak nak dia orang sedar aku sakit, cuma demam kerap tu aku tak boleh nak kontrol. Bila-bila masa aku boleh demam. Datang kerja pagi elok sihat je, petang tetibe aku boleh seram sejuk dan terus demam! Boleh jadi bersin teruk dan melepet jek. Kene pulak sekarang ni musim hujan tak menentu lagi la aku senang nak demam. Penat, stress semua cukup sebab menganggu rutin aku sebagai mama & isteri :( sedih~

Asyik nak sedih je sekarang ni walaupun muka sentiasa senyum. Cuba juga compare dengan orang lain yang terlantar, yang koma, yang strok teruk tu tapi tak bolehlah. Hati tetap susah nak terima kenyataan. Yelah selama ni aku sihat cergas aktif tiba-tiba berjalan 3-4 tapak pun aku boleh jadi penat giler. Tak ke korang akan rasa stress dengan diri sendiri?? Cannot brain this tapi nak tak nak aku kene terima. Cuma selama mana aku akan ambil masa untuk terima tu aku tak sure. Ade masa aku okey sangat, ade masa aku teruk sangat untuk terima kenyataan ni.

Ermm..entahlah~ 

Korang doakan yang baik-baik untuk aku okey? Mana tahu ada doa korang yang didengari oleh DIA & diangkat darjat nyer, aku nak sihat aje~ Bila sihat aku boleh selalu mengarut kat sini! Ha..ha..ha..korang tak rindu ke keMENGARUTan aku?? Alaaaaaa...nyampahhhh..tak rindu la tuwwww~

19 comments:

Afizah Abd Rahman said...

Bertabahlah.. Tanda DIA sayang pada kita bila dihadirkan dugaan sebab dia tahu kita kuat untuk hadapinya. Aku doakan semoga allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik. Take care babe. Jangan stress2 & angan kurus sangat tau 😄

mama tisya said...

bila tk sihat ...mmg blog kena tgal sbb kalo buka blog nk perah otak kn..kalo fb n ig tu kejap je...smoga cpt baik...nmpk makin kurus tu

Aisyah Hani said...

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada ko.. Take care beb!

el said...

sakit itu penghapus dosa
Allah sayang hambanya
semoga dirimu sihat selalu

Nieyla Nadia said...

Walau apa pun penyakit akk..
nieyl doakan semoga segala kesakitan akk Allah sembuhkan dgn cepat..
supaya akk boleh terus berbakti pd keluarga,anak² dan suami..
Amin...

Kakcik Nur said...

AllahhuAkbar.

Semoga Allah SWT pulihkan semula kesihatan Izwa sepenuhnya dan dapat menjalani rutin harian seperti sediakala.

Aamiin.

HeNRieTTa JoSe said...

moga semuanya baik baik saja....mmg nampak ketara kurusnya....ada org kata, happy itu ubat penyakit...jdnya, xmo sedih sedih yea...

Ezna Ahmad Khalili said...

Moga dipermudahkan urusan Izwa ye....

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Norhayati Mohd Isa said...

Allahuma..
Semoga diberikan kesembuhan yg segera buat idzwa..
Redha dan sabar ye dik..
Akak pun diuji dgn sakit..
Blog akak pun dah terabai juga..
Samalah kita.. hospital dan ubat-ubatan menjadi kawan..

Semoga kita redha dan sabar..
Kerana Allah berfirman..
"Disetiap kesulitan akan berakhir dgn kemudahan dan ditegaskan sekali lagi setiap kesulitan akan berakhir dgn kemudahan"
Aamiin ya rabb..
Semoga kami dlm golongan hambaMu yg bersabar.

den dyen said...

semoga cepat sembuh seperti sediakala, :)

Julia Johari said...

dah kecik dha kakak kita ni tau...risau juju akak sakit lama sgt...juju doakan akak selalu2 la sihat...semalam lalu rumah akak...dah cantik tau...serius lawa gila kondo akak tu tau...lepas ni kalau nak pi terjah umah akak dekat je hahaha

Inani Hazwani said...

Jaga makan kak and take care okay. Semoga cepat sembuh :)

Blog Akak Kembang said...

Salam Iwa .... kurus sangat tu ... sakit apa iwa ... huhuhu
Akak doakan iwa sihat macam dulu....

Hans said...

semoga segalanya dipermudahkan Allah :)

Mila Ahmad said...

semoga cepat sihat akak, harap akak tabah dan kuat untuk harung segala ujian yg datang.

shalimar yusof said...

semoga kak iwa dikurniakan kesembuhan...

Elya Roza said...

semoga sis sihat dan dipermudahkan urusan yee..

Innanie Ariffin said...

Kak Izwa

Kita doakan akak diberikan kesihatan yang berpanjangan sebagaimana sebelum ni. Kita doakan akan kuat dan paling penting ada keluarga utk support!

Allah berikan ujian utk mereka yang kuat. Insya Allah! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2014 Reserved to Nurul Izwa
Design with ♥ by Cik Kumbang